Saturday, December 26, 2009

SAHABAT BREMEN



Terkejut aku bila diperkhabarkan bahawa seorang kawan rapat semasa berada di Bremen sedang terlantar di Hospital Kuala Lumpur, sedang menjalani rawatan kanser rahim. aku yakin ade kawan2 yg ke blogku ini pernah ke Bremen mengenali wanita yang sedang berhadapan dengan penyakit yang amat ditakuti oleh kaum wanita hari ini. Norshafiza (Fiza)...itulah nama yg memenuhi ruang fikiranku sejak balik daripada menghadiri kursus Nvivo di UTHM,Batu Pahat. Terlalu besar dugaan yg dia diterima oleh nya, terlalu sayu utk aku kenangkan. Dengan usia yg belum berumahtangga dia terpaksa berjuang menempuhi penyakit ini. Berita yg di sampaikan betul2 mengejutkan aku. apabila en.usof memaklumkan..Pernah aku membuat panggilan telefon kepada nya tapi tak berjawab, Aku minta kpda kawan2 samada kenal atau tak insan ini, sama2 la kita berdoa memohon kesembuhan utk dirinya...aku juga dimaklum oleh en.usof bahawa dia mungkin sekarang ini sudah selesai menjalani operation dan dalam rawatan kemoterapi. Sekarang kita mendengar dan melihat orang lain diuji dan mungkin suatu hari kita juga tidak sedar perkara semacam ini akan berlaku kepada diri kita. Ianya adalah dugaan Allah. Allah yang Maha Mengetahui. Di samping menjalani rawatan, kita juga berdoa pada Allah S.W.T dengan insaf menimpa diri kita dosa kita yang lepas. Paling penting lebih mendekatkan diri kita dgn Pencinta yg Maha Agung... dan memohon keampunanNYA

Satu perkara yang amat penting dalam rawatan penyakit kanser ialah pengesanan diperingkat awal

Wednesday, December 16, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431

Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Semoga dengan datang tahun baru ini lebih bermakna kepada kita untuk berubah daripada perkara-perkara yang tidak baik kepada perkara yang baik. Allah Maha Pengampun rebutlah peluang ini untuk kita berhijrah kepada perkara-perkara kebaikan. Semoga hijrah baru yang diazamkan akan mendapat pertolongan Allah. Ambil lah peluang malam ini yang penuh dengan rahmat dan berakah untuk sama-sama kita berdoa:

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.

Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.

Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Amin.

EQF implementation Brussels 2008

Check out this SlideShare Presentation:

NVivo use for PhD study

Check out this SlideShare Presentation:

Vocational Education and Training System

Check out this SlideShare Presentation:

Technology in VET

Check out this SlideShare Presentation:

The European Qualifications Framework for lifelong learning, Jens Bjornaveld

Check out this SlideShare Presentation:

Sunday, December 13, 2009

DIFFERENCE PRIMARY AND SECONDARY DATA

Primary data is data, which is collected by the researcher themselves. This kind of data is new, original research information. Primary sources enable the researcher to get as close as possible to what actually happened and is hands on. A primary source reflects the individual viewpoint of a participant or observer. Primary sources are first-hand information from a person who witnessed or participated in an event. Examples of primary data are: * Interviews * Questionnaires *Observations

Secondary data research is using information that has already been produced by other people. A secondary source is used by a person usually not present at the event and relying on primary source documents for information. Secondary sources usually analyse and interpret. Finding out about research that already exits will help form new research. Examples of secondary data are: Internet Books/ Magazines Read more:

Thursday, December 10, 2009

SIKAP AGRESIF & ASERTIF

Sikap Agresif :
1.Mereka suka mempertahankan setiap pandangan yang diutarakan dengan tegas, walaupun kadang terbabas.
2. Mereka akan menyinggung , menyentuh perasaan orang lain
3. Mereka merendah kemampuan seseorang sebagai jalan terakhir
4. Mereka Mengamalkan konsep 'aku sahaja yang betul"
5. Mereka juga tidak menerima pandangan orang lain dalam membuat keputusan
6. Mereka juga sering menyalahkan dan merendahkan keupayaan orang lain bagi menutup kelemahan diri sendiri sebagai jalan keluar.
Sikap: Ego, Terlalu Yakin, Defensi, Menyinggung Perasaan Orang Lain, Mudah Melenting

Sikap Asertif
1. Mereka mempunyai keyakianan pada diri yang tinggi
2. Mereka dapat menyatakan pandangan dengan jelas dan boleh diterima semua pihak
3. Mereka juga menerima dan menghormati hak-hak dan pandangan individu lain dengan menyatakan "Ya, saya merasakan itu idea yang bernas dan baik".
4. Mereka berpegang teguh kepada sikap hak asasi dan lebih terbuka.
5. Mereka mudah mesra dengan sesiapa sahaja tanpa dendam dan bersalah sangka.
6. Mereka juga berani menghadapi atau menanggung risiko
Sikap: Berfikiran terbuka, Keyakinan tinggi, Kegagalan dipandang positif, Menghormati hak orang lain.

Jauhkan diri kita dari sikap Agresif dengan melontarkan kesalahan kepada orang lain dan amalkan sikap Asertif dengan lebih bertanggungjawab.

Wednesday, December 9, 2009

BUSINESS PLAN 2009/2010

Setiap organisasi / jabatan pada penghujung tahun akan sibuk dengan penyediaan Business Plan (BP) samalah juga dengan jabatan aku. Semalam dan hari ini kelam-kabut aku dan rakan2 menyediakan BP iaitu pencapaian 2009 dan perancangan 2010. Alhamdulillah pencapaian aku bagi kerja-kerja membangunkan Manual latihan tahun 2009 ini dikatakan average 90% tercapai dan 10% tidak tercapai adalah masalah peruntukan. Bagi jabatan aku perancangan BP 2010 adalah di bawah skop Pesijilan Kemahiran Malaysia (SKM) dan pihak pengurusan atasan telah memutuskan BP mestilah berdasar kepada 5 teras iaitu :
Teras 1: Kajian employability dan attitude (soft skill) diterapkan dalam latihan kemahiran; Teras 2: Persijilan SKM setaraf diperingkat global; Teras 3: Standard NOSS multiskill dengan pendekatan NOSS yang lebih dinamik; Teras 4:New Skill Area - Cth: Green Technology / Halal hub; dan Teras 5: Industry Based (NDTS) - perlu diperluaskan
Lain-lain Input aku rasa penting:
1. Kualiti Pengajar ;2. Penyelidikan & Inovasi;3. Pembelajaran Sepanjang Hayat
Memandangkan latihan kemahiran akan menjadi arus perdana untuk RMK10 adalah besar menjadi tanggungjawab semua pegawai di latihan kemahiran ini memikul BP ini supaya melaksana seperti sasaran. BP ini juga akan mengambil kira kepada keputusan kerajaan untuk High Income Model bagi meningkat hasil ekonomi negara seperti kenyataan akhbar "It is now the right time for Malaysia to move its economy from a middle-income to high-income model, according World Bank experts"......“To move to a higher income-based economy, we have to move towards a knowledge and innovation-based economy where skilled labour is needed”.

Wednesday, December 2, 2009

CUDBAS WORKSHOP

Kumpulan 1 agensi luar


Kumpulan 2 (Zuraini, Kak Ros & Marily) semua peserta KSM

Peserta Jepun yang ikut serta

Itu dah siap selepas semua dah setuju.

CUDBAS "Curriculum Development Vocational Based on Ability Structure" ialah kaedah pembangunan kurikulum bagi pelbagai kegunaan dalam meyelesaikan masalah di semua agensi. Ciast telah menganjurkan bengkel ini pada 1hb Disember 2009 telah dihadiri oleh pelbagai sebanyak 25 wakil daripada agensi telah hadir. CUDBAS dijalankan di dalam kumpulan yang kecil terdiri 5-6 orang daripada pelbagai peringkat bagi memberi input berkaitan dengan keperluan ability iaitu (Skills, Knowledge, Attitude) yang diperlukan job profile. Konsep CUDBAS adalah sama dengan DACUM tapi DACUM adalah pembangunan job profile yang besar dengan bergantung kepada task-task membentuk duty tapi CUDBAS adalah gabungan abilities yang diperlukan untuk duties. Manakala DACUM dikawal oleh seorang fasilitator tapi CUDBAS semua individu dikehendaki menulis ability diperlu diatas card tanpa perbincangan dan ketua/fasilitator. Selepas itu card akan dikumpul dan dilekatkan mengikut kepentingan paling tinggi. CUDBAS adalah method yang lebih simple suai untuk syarikat-syarikat kecil menjalankan latihan. Selepas itu ditransfer dalam bentuk latihan.