Friday, April 30, 2010

Weekend "Lunch"









Makan ramai2 pada weekend lepas kat kedai turki kat Haupt Bauhof main station.... Makan kat situ ok lah dengan harga. Dimana sebelah ayam tu 3.00 euro ... RM 15.00 tpi tu kira murah sebab semua makan kat sini mahal paling murah pun Doner Pizza...itu 2.50 euro RM 12.50. Aku lebih suka masak sendiri...boleh makan lebih sikit. Aku pun tidak minat makan turki ini, tidak makan nasi 1 hari...alamak perut mula .. bunyi semacam.....


Thursday, April 15, 2010

Class Master Writing








Aku berada disana bagi mengikuti pengajian bagi tahun ke3. Peringkat awal aku diatur dengan program presentation oleh pelajar senior (viva) dan rakan kohort bg group ke 2. Semalam 2 hari jadual aku disusun utk hadir class bagi Master Writing. Bagi diri aku ...class itu amat bermakna krn membantu aku dalam penyedian penulisan tesis may be 70% walaupun tidak sepenuh. Kehadiran pelajar dalam class itu peringkat awal seramai 23 orang... tapi akhir class yang tingga hanya 16 orang sahaja. Dimana class itu dihadiri oleh pelbagai student dari negara berbeza seperti Colombia. Mexico, China dan lain. Mereka kat sini agak berbeza dengan kita kat Malaysia... mereka akan still dalam class mereka minat sahaja. Mereka keluar class kerana merasa class Master Writing ini "boring"... apanya tidak boring dah duduk kat sisni hampir 1 1/5..tajuk tesis master belum ada lagi... lepas itu tujuan datang class ini nak mintak lecturer bagi. Yang kesian..lecturer tu rasa amat bersalah apabila student yang 7 orang itu tidak berminat utk mengikut subjeknya... aku pun rasa geram juga...depa ini tidak tahu respect cikgu ke???? Lecturer asyik bertanya ada ke class di tidak mempunyai approach yang betul? tidak relevan... salah seorang student yang setia seperti kami berlima ini memaklumkan bahawa bukan class ini tidak bagus tp student 7 itu yg bermasalah sebab tidak boleh follow...

Peliknye kat German..student x respect lecturer ....klu kat Msia lecturer bukan main garang lg.... Wpun ape jua Islam mengajar kita utk menghormati guru supaya keberkatan belajar itu. Jauh generasi anak2 kita seperti pelajar di negara maju..... ini.

Monday, April 12, 2010

Bremen City











Kat atas nie view di Bremen. Cantik betul.... dah masuk musim spring. Masa pertama kali pergi dulu musim winter... dapatlah tengok snow. Kali ini aku harap2 dapat tengok bunga2 pulak.


Thursday, April 8, 2010

Bumi Bremen

Alhamdulillah aku telah selamat sampai ke bumi Bremen dan hari ini merupakan hari ke2 ku disini. Hari semalam baru sampai ...penatnya sebab kemas barang utk 3 bulan. Semalam keluar pergi beli barang2 beras, minyak masak dikedai Pak Turki.... kami bernasib baik tempat penginapan kami berhampiran dengan penempatan Turki maka mudah lah mendapat bekalan makanan muslim. Tapi belum masak ape2 lg....

Hari ini kami telah disusun dengan 3 program di ITB...
(1) 9.00am - 12.00 pm : Hj Mohamad Present bagi PhD nya... berjaya. Tahniah Bos!!!
(2) 1.00pm - 5.00 pm : 3 members dari kohort 2 / Group 1 akan present tesis masing-masing
(3) 7.00 pm - 10.00 pm : Dinner di taja oleh ITB .. Kedai Makan Turki

Penatnya rasa.... aku belum lagi sentuh tesis...So. Esok hari ke3 , nak jumpa supervisor dulu.. tu klu dia free nak discuss ape nak dibuat seterusnya.

Bertemu di hari berikut nya.