Thursday, April 18, 2013

Sifat 20 ALLAH Taala


 
1. SIFAT WAJIB : WUJUD  maknanya Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.


2. SIFAT WAJIB :QIDAM maknanya Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)
 

3. SIFAT WAJIB : BAQA maknanya  Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)
 

4. SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS maknanya Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.
 

5. SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH maknanya  Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.
 

6. SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT maknanya Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

 7. SIFAT WAJIB : QUDRAT
maknanya Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

8. SIFAT WAJIB : IRADAT
maknanya Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

 9. SIFAT WAJIB : ILMU
maknanya Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

10. SIFAT WAJIB : HAYAT
maknanya Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

11. SIFAT WAJIB : SAMA
maknanya Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

12. SIFAT WAJIB : BASAR
maknanya Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

13. SIFAT WAJIB : KALAM
maknanya Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

 14. SIFAT WAJIB : QOODIRUN
maknanya Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

15. SIFAT WAJIB : MURIIDUN
maknanya Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

16. SIFAT WAJIB : AALIMUN
maknanya Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

17. SIFAT WAJIB : HAYUUN
maknanya Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.


18. SIFAT WAJIB : SAMI'UN
maknanya Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

19. SIFAT WAJIB : BASIIRUN
maknanya Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.



20. SIFAT WAJIB :
MUTAKALLIMUN maknanya Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.


  



 

Wednesday, April 10, 2013

Change Failure to Success


Never be afraid to fail because through failure comes success

Failure is success if we learn from it







Kegagalan Langkah Kejayaan

Kejayaan datang dari kegagalan... betulkah kenyataan ini?
 
Sebut kejayaan, semua orang ingin berjaya. Tiada satu pun yang ingin gagal. 
 
Tahukah apa yang tersirat dari kegagalan tersebut?
Disebalik dari kegagalan itu terkandung seribu hikmah yang membawa kita kepada strategi untuk berjaya. Untuk kita melihat adakah benar Allah mengagalkan kita kerana DIA ingin mengajar kita mengenal dan mengetahui langkah seterusnya mengorak kepada kejayaan.
 
 
Nabi Allah yang mulia juga pernah gagal:
 
 
1. Nabi Adam a.s telah gagal dengan melanggar ketetapan Allah kepadanya supaya jangan dimakan buah khuldi di dalam syurga. Akhirnya beliau dan isterinya menyesal dan bertaubat terus-menerus memohon kepada Allah keampunan dan akhirnya taubat Nabi Adam diterima Allah.
 
 
2. Nabi Yunus a.s pernah gagal dalam menarik kaum Ninawa memerluk Islam dengan berdakwah bertahun-tahun sehingga dia merasakan berputus asa dan kecewa serta meninggal negeri tersebut. Ia akhirnya menaiki kapal dan dimakan oleh seekor ikan paus (Nun). Akhirnya beliau bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah. Lalu ikan paus itu mengeluarkan selepas keampunan Allah Taala.
 
 
3. Nabi Musa as pernah gagal mengawal perasan dan melanggar penjanjian dengan Nabi Khidir. Beliau pada awalnya menyangka beliaulah Allah Taala memberi pengetahuan yang luas. Akhirnya beliau dikhabarkan dengan kehebatan Nabi Khidir maka beliau berdoa untuk menemunya. Mereka bertemu pada awalnya Nabi Khidir enggan membenarkan Nabi Musa mengikutinya dengan penilaiannya Nabi Musa tidak mampu bersabar untuk belajar dengannya. Nabi Khidir bersetuju dengan syarat beliau tidak bertanya apa yang dilakukan oleh Nabi Khidir sehingga diberi tahu. Nabi Musa gagal dengan mengharapkan Nabi Khidir memberi penjelasan dengan segera dengan tidak sabar. Akhirnya Nabi Musa as sedar bahawa ilmu ada pada tidak cukup luas lagi.
 
 
 
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapan dan bijak membetulkannya dan mengambil manfaat dari kegagalan bagi mencapai kejayaan.
 

Doa adalah kekuatan pada orang yang gagal membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberi keberanian pada orang yang ketakutan.