Apa itu whatsapp ? Whatsapp adalah pesanan ringkas dan panjang kita untuk mengirimkan file, pesan, gambar, video dan foto. Whatsapp juga merupakan salah satu aplikasi yang laris di dunia khususnya bagi pengguna Smartphone. Ianya mempermudah untuk saling berhubungan serta meningkatkan laman sosial. Kehadiran media massa, seperti surat kabar, radio, televisyen dan internet, sebagai komunikasi abad modem telah berpengaruh luas. Suatu pesan atau berita dengan mudah dapat diterima oleh masyarakat dalam waktu yang relatif singkat.
Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya, ada hitam dan putihnya. Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya dengan Whatsapp, sebuah laman sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini di semua peringkat usia. Whatsapp adalah sebuah laman web sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah yang betul. Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, university, kolej ataupun di tempat kerja akan lebih erat. Ada juga individu yang menggunakan whatsapp untuk mencari pengaruh,berkomunikasi dan berkongsi maklumat.
Whatsapp juga sebagai alat perantaraan dalam sesebuah organisasi. Ia
mudah untuk mendapatkan target KPI organisasi. Ini kerana Whatsapp menjadikan komunikasi tanpa henti
kerana setiap saat arahan atau makluman boleh dikirimkan tanpa batasan masa dan menjimatkan kos dan sebagainya. Dengan cara ini, dapat membawa lebih keuntungan kepada organisasi. Pengguna whatsapp juga boleh menonjolkan individu dimata ketua organisasi tetapi kalau sekejap timbul sekejap tenggelam atau tidak aktif maka organisasi tidak akan ingat siapa
kita.
Di
sebalik kebaikan ada keburukan yang diperolehi melalui penggunaan whatsapp, pengguna
juga akan mendapat keburukan melaluinya jika tidak digunakan dengan
betul. Antara keburukan yang paling ketara ialah pembaziran masa. Bukan itu
sahaja, akibar daripada kelalaian pengguna menggunakan whatsapp,
kebarangkalian pengguna akan mendapat prestasi yang rendah disebakan tidak memberi maklumbalas dengan segera terhadap arahan oleh organisasi. Bayangkan kehiduapan kita dalam sesebuah organisasi dimana kita telah berada di pejabat tempoh minum 8 jam sehari untuk lima kali seminggu dengan arahan dan tanggungjawab tetapi apabila kita pulang ke rumah kita perlu waktu rehat bersama keluarga tetapi arahan berlaku dalam whatsapp mungkin menyebabkan kita hidup dalam keadaan stress 24 jam. Ini boleh menjejaskan kesihatan dan hubungan keluargaan kita.
Whatsapp
yang digunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan disebarkan
kepada semua boleh menjatuhkan maruah seseorang.
Mereka inilah sebenarnya seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak
berani menghadapi situasi sebenar. Sekirannya pihak yang difitnah tidak
boleh menerima penyebaran fitnah yang dikenakan ke atas mereka, pasti
akan berlaku pergaduhan antara keduanya. Kadang-kadang tidak
ketahui apa yang bermain difikiran mereka ini, adakah mereka ingin
bergurau atau mereka sebenar gagal mengawal kemarahan mereka lantas
meluahkannya dan tidakkah juga mereka berfikir bahawa bukan semua daripada
mereka dapat menerima apa yang ditulis oleh mereka?
Berdasarkan
huraian yang telah dijelaskan di atas, terdapat banyak kebaikan dan
keburukan whatsapp yang kita boleh perolehi. Sebenarnya semua bergantung
kepada cara kita menggunakan whatsapp tersebut. Penggunaan whatsapp yang betul menjadikan kesan yang baik dan penggunnaa yang salah
menjadikan kesan penggunaan yang tidak baik.
Kita perlu bijak menilai mana baik dan buruk dalam sesuatu perkara.
Oleh itu, gunakanlah akal dalam penggunaan teknologi ini dan bukannya
nafsu semata-mata.