Saturday, August 22, 2009

Rakaat Tarawih

Bila tiba Ramadan, solat tarawih merupakan satu agenda utama dalam melaksanakan ibadah kepada Allah. Kadang-kadang kita dengar pergaduhan saudara-saudara dimasjid berkaitan dengan rakaat yang hendak dijalankan. Ada menegaskan ingin melaksanakan dengan 20 rakaat dan sebaliknya menyatakan bahawa mengikut sunnah Rasulullah 8 rakaat dan 3 witir. Dalam isu solat tarawih ini. Rasulullah s.a.w tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan sehingga subuh pada bulan Ramadan. Pernah suatu masa di Madinah mereka melaksanakan solat tarawih dengan bilangan 36 rakaat dan tiga rakaat witir. Sunnah Rasulullah s.a.w yang dianjurkan adalah 11 rakaat termasuk witir. Yang paling utama ialah perbezaan ini adalah kerana mengambil kira perbezaan keadaan orang yang solat dengan keupayaan masing-masing dengan ikhlas untuk melakukan ibadah tarawih. Ramadan bukanlah bulan untuk berdebat siapa salah siapa betul. Tetapi Ramadan adalah bulan keberkatan yang perlu dicari untuk mendapat keredhaan ALLAH.

Thursday, August 20, 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi Ramadan tahun ini...Saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Mulia Ramadhan Al Mubarak, Kita sama-sama rendah diri dan hina terhadap Allah dengan menginsafi dan meminta ampun atas segala dosa-dosa kita. Semoga Allah swt membuka hati kita dan menjadikan kita manusia yang lebih patuh dan taat kepadaNya, Insyallah.
Di bulan mulia ini saya mengambil kesempatan ingin memohon maaf kepada semua yg mengenali saya iaitu ampunilah segala dosa saya terhadap kamu semua jika ada yang memendam di hati samada keslahan saya secara sengaja atau sebaliknya. Marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah dan mengeratkan silaturrahim. Selamat menjalani ibadah Puasa dan semoga Allah menerima amalan kita di bulan Ramadan ini.

Tuesday, August 11, 2009

Umrah Mekah Al-Mukarramah

Seru sentiasa berkekumandang, Allah yang berhak memilih tetamunya, tetapi kita perlu berusaha dengan perancangan awal. Hidayah itu perlu dicari. Dimana umrah memerlukan pengorbanan masa, wang, tenaga, fikiran dan keluarga bagi mendapat rahmat dan keampunan Allah. Bertemulah dengan Kaabah itu kebesaran Allah... tidak dapat dijelaskan perasan semasa kita memandang Kaabah. Semasa disana niatlah untuk membantu sesiapa saja yang memerlukan bantuan. Insyallah semua perjalanan kita akan dibantu oleh Allah.



Ziarah Madinah Al Munawwarah

setiap muslim yang memiliki rasa rindu mendalam terhadap kota Madinah kerana Rasulullah s.a.w telah memanjatkan doa kepada Allah , " Ya, allah, berilah kami kecintaan kepada Madinah seperti cinta kami terhadap Mekah atau bahkan melebihinya". Di bumi Madinah ini juga bersemayam jasad suci Rasulullah s.a.w dan dimakamkan di dalam Masjid Nabawi. Bersama-sama beliau s.a.w adalah makam Abu Bakar Al Sidik dan Umar Al-Khatab. Keutamaan masjid ini adalah melakukan solat di dalamya lebih utama daripada 1,000 solat ditempat lain. Ziarah ke masjid Quba iaitu masjid pertama di bangunkan oleh Rasulullah s.a.w dan juga masjid Qiblatain ( 2 kiblat).


Tuesday, July 21, 2009

Udang Geragau/ Kering

Udang geragau kering ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. masyarakat Cina merupakan nelayan menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Udang geragau yang basah dijemur.

Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.
Lihat juga kasut yang mereka pakai.

Dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut. Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Makan yang halal...sama lah dengan ikan masin/ ikan bilis

Monday, July 20, 2009

Bengkel Kecantikan dan Ketrampilan Anjuran Puspanita JPK 2009



Nie.... pegawai yang turut hadir ke bengkel ini....

Foto diambik tidak begitu jelas sebab dapat meja kat belakang, maklumlah bukan mak datin @ VVIP


Semua baju ditayang ... ala-majlis perkahwinan. Tak sesuai dengan tema "pakai ke pejabat" oleh pegawai JPK. Silap tema.... "Baju Majlis Perkahwinan"



Bengkel ini diadakan adalah bertujuan memberi peluang kepada pegawai-pegawai wanita JPK untuk lebih trampil dan cantik semasa di pejabat. Bengkel telah diadakan di Holiday Villa Subang Jaya. Dimana perasmian bengkel tersebut oleh Yg. Bhg Datin Wan Muji. Ucapan perasmian oleh Datin pengerusi ternyata jelas bahawa wanita bukan sahaja perlu dilihat cantik daripada luaran tetapi kecantikan sebenar itu adalah datang daripada dalaman. Ada baik nya kita sebagai wanita berusaha untuk mencari kecantikan luaran dan dalaman.


Tuesday, July 7, 2009

SUSU KAMBING

" Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah S.A.W adalah susu kambing". Susu kambing mempunyai kalsium yang tinggi. Kebaikan susu kambing adalah seperti berikut:
1. pembentukan tulang dan gigi bagi kanak-kanak serta membantu menguatkan tulang dan gigi bagi orang dewasa.
2. Kaya dengan protein, enzim-enzim dan vitamin A yang penting untuk kesihatan.
3. Mencantikkan kulit dan merawat penyakit kulit
4. Menguatkan sistem imunisasi paru-paru dan bersifat anti-athritis (inflamasi sendi) serta mengimbangkan kandungan gula dalam darah.
Serta membantu memulihkan
* Gastrik
* Ulser perut
* Penyakit Kuning
* Lelah* Insomnia ( susah tidur )
* Hepatitis A
* Migraine
* Gout
* Buah pinggang
* Kencing manis
* Membantu mencegah kanser

Susu kambing disyorkan untuk golongan yang alahan pada susu lembu... bagi ibu-ibu yang mengandung adalah amat sesuai kerana kalsium yang tinggi ini dapat membantu pembesaran anak diperingkat tersebut dan bila dilahirkan insyallah tidak mengalami penyakit kuning. Pada masa ini telah terdapat susu kambing yang berbentuk serbuk bagi memudahkan kita menyimpan lebih lama dan minum bila-bila masa. Ini jga membantu para penyakit gastrik terutama pada bulan puasa... Ada baik nya susu kambing dimakan bersama dengan kurma dan madu. Ini lah yang diamalkan oleh Rasulullah (s.a.w)... mengapa tidak kita??????

Saya mencadang kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan produk susu kambing dalam bentuk serbuk ini boleh dapatkan produk ini daripada oleh Syarikat Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd bagi mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini sila layari: http://www.hiraq.net///. Selamat Mencuba.....