Sunday, February 14, 2010

Bunga Serai

Bunga serai

Pernah dengar tentang batu serai? Sesetengah masyarakat Melayu percaya sekiranya serai sudah berbunga, di bawah rumpun serai itu ada buntat atau batu hikmat. Ada pula yang mengatakan, ada harta karun di bawah rumpun serai yang sudah berbunga. Lebih menarik, serai yang sudah berbunga dikatakan ada penunggu yang menjaganya.

Serai berbunga, jika ditanam oleh orang-orang yang tertentu sahaja. Kita juga tidak boleh mencabut serai berbunga sebarangan. Hanya tuannya sahaja yang boleh mencabut serai bernunga itu sebelum dibuat ubat atau diberikan kepada orang lain untuk ditanam.

Ada cara-cara tertentu untuk mendapatkan alamat atau pentunjuk berkenaan perkara ini. Syeikh Muhammad Solihen menjelaskan, cara yang terbaik adalah dengan mengambil tanah lebih kurang segenggam berhampiran pokok serai yang berbunga itu dengan memberi salam kepada ‘penjaga’ pokok serai tersebut, hadiahkan surah Al-Fatihah kepada Rasulullah, Nabi Sulaiman a.s. dan Nabi Ilyas a.s serta ‘ penjaga’ pokok serai itu sendiri. Selawat ke atas Rasulullah sebanyak 3 Kali dan niat untuk minta petunjuk dari penjaga jika terdapat kelebihan dan keistimewaan pada pokok serai itu. Buatlah Solat Hajat dan Solat Istikharah selama 3 malam berturut-turut dan ambil tanah yang diambil tadi untuk diletakkan bawah bantal sebelum tidur. Sebaik-baiknya tanah tadi diletakkan di bawah bantal dan tidur di atas sejadah tempat kita Solat Hajat dan Solat Istikharah tadi.

InsyaAllah dengan kebesaran Allah s.w.t kita kan mendapat petunjuk dan alamat tentang keberadaan barang apakah yang terdapat dibawah rimbunan pokok serai yang berbunga itu. Jika tiada apa-apa alamat maka berkemungkinan tiada apa-apa yang terdapat di bawah rimbunan akar pokok serai tersebut atau belum sampai masanya lagi untuk mendapat barang-barang tersebut.

Syeikh Muhammad Solihen menjelaskan bahawa hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang akan memperolehi Batu Bunga Serai ini secara mendapat petunjuk dan alamat tentang keberadaan batu permata ini tanpa perlu melakukan Solat Hajat dan Solat Istikharah tadi. Biasanya alamat dan petunjuk yang betul akan datang sebanyak tiga kali dan lebih afdhal jika kita melakukan Solat Hajat dan Solat Istikharah mohon petunjuk yang sebenar-benarnya dari Allah s.w.t. Syeikh Muhammad Solihen menerangkan dia ada menyimpan Batu Bunga Serai dan Batu Berlian Serai yang diperolehinya dari pemberian orang alam ghaib untuk dipindah milik kepada sesiapa yang berminat dan terpilih sahaja.

Bunga je jumpa.... batu belum jumpa lg.

Sejauh mana kebenarannya hanya Allah Maha Mengetahui.

Friday, February 12, 2010

Tahun Harimau

Kaum Cina percaya pada setiap tahun ada feng shui ianya bergatung kepada binatang pada masa itu. Tahun 2010 tahun harimau.

ISLAM MELARANG PERCAYA TERHADAP CERITA DONGENG INI!!

12 jenis binatang yang menandakan tahun kelahiran kalendar China termasuk tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi.

Pada suatu hari, Yu Huang (maharaja dari langit) dia memanggil segala binatang berkumpul dan berkata: "Beta akan memilih 12 binatang daripada kamu semua untuk dilantik sebagai perlambangan tahun kelahiran di bumi secara bergilir (secara berganti-ganti). Pertandingan akan diadakan pada tahun yang berikutnya. 12 binatang yang berjaya menyeberang sungai akan dipilih sebagai 12 jenis binatang yang menandakan tahun kelahiran menurut kalendar China mengikut giliran.

Sewaktu pertandingan itu bermula, segala binatang berlarian ke arah sungai dengan berebut-rebut. Semasa menyeberang sungai, lembu adalah yang paling pandai berenang. Tikus yang pintar mendapat satu akal. Dengan tiba-tiba tikus melompat ke atas belakang lembu itu supaya dibawa menyeberang sungai dengan mudah. Tidak lama kemudian, lembu merupakan binatang yang pertama menyeberang sungai. Pada masa itu, tikus terus melompat ke hadapan badan lembu itu dan menduduki tempat pertama. Akhirnya lembu mendapat tempat kedua, maka, binatang-binatang lain pun berturut selesai menyeberang sungai. Maharaja Yu Huangdi mengumumkan bahawa: " Baiklah, 12 binatang yang berjaya menyeberang sungai dengan dahulu itu dilantik sebagai perlambangan tahun kelahiran secara bergilir.

Syarikat Singapura telah membuat sebuah filem kartun tiga dimensi tentang legenda 12 binatang yang menandakan tahun kelahiran menurut kalendar China Tajuk Zodiac: The Race Begins

Tuesday, February 9, 2010

Sahabat


Sahabat tu besar maknanya. Memang susah nak cari tapi memang wujud. yang boleh panggil sahabat mungkin ada sorang @ dua . Macam mana dengan yang lain? Hanya boleh panggil mereka kawan saja tak lebih dari itu....kenali siapa sebenar sahabat anda?

Sunday, February 7, 2010

TAIPING

ADTEC TAIPING

GERAI MAK JAH

Minggu lepas aku ke ADTEC Taiping untuk bengkel KAPPK.... Wow! besarnya kawasan ADTEC tu bukan itu saja di sediakan dengan kemudahan lengkap seperti padang sukan yang luas serta bangunan pejabat dan asrama yang cantik. Penginapan kami di apartment pegawai yang belum lagi ada penghuninya. Rumah pengarah & timbalan pengarah pun agak besar kalau dibandingkan dengan rumah pengarah ADTEC lain..... Pada petangnya kami diperkenakan dengan Mee Udang Mak Jah untuk ke sana dari ADTEC lebih kurang 35km.

Saturday, January 30, 2010

Mengarus Perdana Latihan Kemahiran


Dah tiba masa latihan kemahiran dimartabatkan sebagai pilihan utama bagi laluan kerjaya bukan lagi seperti diperkatakan sebagai pilihan pelajar yang tercicir. RMK10 yang akan datang meletakkan latihan kemahiran adalah elemen penting dalam memajukan ekonomi Malaysia melalui High Income Model. Oleh peranan yang besar ini telah dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia sebagai badan penyelaras kepada agensi awan dan swasta dalam mempersijilkan pekerja mahir melalui Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Semoga JPK dapat menyahut cabaran menyediakan tenaga mahir negara selaras dengan matlamat kerajaan iaitu Mengarus Perdana Latihan Kemahiran.

Sunday, January 17, 2010

Ipoh Station




Dah lama tak masuk berita dalam blog.... Maklumlah aku baru je berpindah ke bahagian baru di jabatanku. Masuk bahagian baru banyak perkara nak kena belajar. Apatah lagi bahagian ini lebih mencabar .... sentiasa berhadapan dengan pelanggan. Kita pindah cerita lebih menarik iaitu nak ajak semua yang ke blog ku pergi makan ke restoran ala-P.Ramlee. Makan kat restoran ini juga agak special dan harga berpatutan. Kepada sesiapa berminat untuk ke restoran ini, sekiranya datang dari arah putrajaya selepas tol puchong lebih kurang dalam 1 km belok ke kanan dimana terdapat bangunan yang menjual perabut jati. Selamat Mencuba!

Saturday, January 2, 2010

Pembantu Rumah

Aku terbaca kisah pembantu rumah .... Kebanyakan pembantu rumah lebih banyak mendatangkan masalah tapi cerita ini sebaliknya. Ada eloknya cerita ini dikongsi bersama:

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya.

Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Mukanya merah padam si bapa menybabkan ketakutan pembantu rumah itu, pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..! ''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan!' . Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga kertas didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas.

Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak keduanya dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam..' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor.

Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. 'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi'. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat, katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana?

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...."

Aku pun dah fobia dengan pembantu rumah dari sana... Bila kita buat baik, bukan nya dibalas baik tapi sebaliknya... sekarang ini pun pembantu rumah dah demand gaji RM800 dan bayar agen rasmi pulak RM7,000 - RM8,000. Bila ambil dari agen tidak rasmi bayaran RM3,000-RM4,000 saja gajinya RM500...tapi dia punya perkhidmatan amat tidak memuaskan. Dimana majikan perlu menjaga hati pembantu rumah .... krn pembantu rumah ada hak untuk membuat keputusan kekal berkerja atau sebaliknya.