Sebut kejayaan,
semua orang ingin berjaya. Tiada satu pun yang ingin gagal.
Tahukah apa yang tersirat dari
kegagalan tersebut?
Disebalik dari kegagalan itu terkandung seribu hikmah yang membawa
kita kepada strategi untuk berjaya. Untuk kita melihat adakah benar Allah
mengagalkan kita kerana DIA ingin mengajar kita mengenal dan mengetahui langkah
seterusnya mengorak kepada kejayaan.
Nabi Allah yang mulia juga pernah gagal:
1. Nabi Adam a.s telah gagal dengan melanggar ketetapan Allah kepadanya supaya jangan dimakan buah khuldi di dalam syurga. Akhirnya beliau dan isterinya menyesal dan bertaubat terus-menerus memohon kepada Allah keampunan dan akhirnya taubat Nabi Adam diterima Allah.
2. Nabi Yunus a.s pernah gagal dalam menarik kaum Ninawa memerluk Islam dengan berdakwah bertahun-tahun sehingga dia merasakan berputus asa dan kecewa serta meninggal negeri tersebut. Ia akhirnya menaiki kapal dan dimakan oleh seekor ikan paus (Nun). Akhirnya beliau bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah. Lalu ikan paus itu mengeluarkan selepas keampunan Allah Taala.
3. Nabi Musa as pernah gagal mengawal perasan dan melanggar penjanjian dengan Nabi Khidir. Beliau pada awalnya menyangka beliaulah Allah Taala memberi pengetahuan yang luas. Akhirnya beliau dikhabarkan dengan kehebatan Nabi Khidir maka beliau berdoa untuk menemunya. Mereka bertemu pada awalnya Nabi Khidir enggan membenarkan Nabi Musa mengikutinya dengan penilaiannya Nabi Musa tidak mampu bersabar untuk belajar dengannya. Nabi Khidir bersetuju dengan syarat beliau tidak bertanya apa yang dilakukan oleh Nabi Khidir sehingga diberi tahu. Nabi Musa gagal dengan mengharapkan Nabi Khidir memberi penjelasan dengan segera dengan tidak sabar. Akhirnya Nabi Musa as sedar bahawa ilmu ada pada tidak cukup luas lagi.
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapan dan bijak membetulkannya dan mengambil manfaat dari kegagalan bagi mencapai kejayaan.
Doa adalah kekuatan pada orang yang gagal membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberi keberanian pada orang yang ketakutan.