Monday, January 17, 2011

Ketenangan & Kemaafan


1.Ketenangan - Latih diri untuk bertenang-tenang selalu. Ketenangan dan kedamaian hati adalah sifat positif kerana ia dikaitkan dengan sifat malaikat juga sifat orang-orang soleh.Elak sikap suka menyindir dan sikap melepas geram (atau rasa tidak puas hati) melalui sindiran kerana itu akan menghapuskan rasa kegembiraan.

2.Kemaafan - Maafkan kesalahan orang lain pada anda. Pilihlah untuk menjadi insan pemaaf sebab anda akan jadi lebih gembira, lebih bahagia. Syaratnya, jangan ingat selalu perkara-perkara menyakitkan hati, tapi ingat selalu perkara-perkara yang anda syukuri kemudian lafazkan 'alhamdulillah & syukur kepada Allah’.

Ya Allah...
kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Ya Rabbi...
ku menangis sejadi-jadinya
biar kering mata ini
namun basah ladang hati yang gersang

Ya Rahman...
kulihat semua dosa yang membayangiku
kelam mencengkram jiwa yang lusuh

Ya Rahim...
biarkan aku patah dalam cahayaMu
biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
agar ku kembali dalam pelukan hidayahMu

Amin

Sunday, January 2, 2011

Wednesday, December 29, 2010

Hasad dengki

Perasaan hasad dengki boleh dikatakan dirasai oleh semua orang. Punca dan sebab timbulnya perasaan hasad dengki. Antaranya ialah:

1. Perasaan Permusuhan dan Kebencian.
Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Di sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.

2. Berasa Diri Mulia.
Seseorang itu berasa keberatan kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya.

3. Takbur.
Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat oleh Allah S.W.T.

4. Takjub.
Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.

5. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan.
Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan. Iri hati kepada kejayaan dan usaha orang lain. Orang lain susah payah berusaha untuk mencapai sesuatu tetapi orang di sekeliling hanya pandai mengutuk, memperlekehkan dan mengumpat orang lain di atas kejayaan itu.

6. Ghairah Untuk Menjadi Ketua dan Mencari Populariti.
Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan olehnya itu akan timbul hasad dengki.

7. Busuk Hati.
Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati. Bahkan lebih parah daripada itu, orang yang hasad dengki ini merasa sangat gembira bila saudaranya celaka dan binasa.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.”

Abul Laits berkata: "Tiga macam orang yang tidak akan diterima doanya iaitu:
  • Orang yang makan hasil haram

  • Orang yang suka membicarakan keburukan orang lain

  • Siapa yang di dalam hatinya ada hasad dengki/irihati terhadap kaum muslimin

Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Jauhkan kami dari sifat-sifat hasad dengki,
Permudahkan kami mendapat kebahagiaan dan kejayaan
di dunia dan akhirat.
Amin

Tuesday, December 28, 2010

Ketenangan Hati

Hidup ini memerlukan ketenangan hati.... Ada berbagai cara dan bentuk usaha dalam mencari ketenangan hati. Ada cara mencari ketenangan hati itu dengan pergi melancong, membeli belah, makan angin, bersukan, mereka seni, melukis, mengambil gambar, menulis blog dan sebagainya.

Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia, berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam. Ada juga yang mencari ketenangan jiwa dengan beribadah seperti membaca al-Quran, berzikir, bersembahyang dan mendekati diri dengan Allah SWT.

Tanpa ketenangan hati, manusia akan menghadapi banyak risiko, bahkan ia akan mendatangkan penyakit jiwa seperti runsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan.

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Hati mesti sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat, lalu bersyukur dan apabila diberi ujian kesusahan, lalu bersabar.

Semoga sentiasa bersyukur dan bersangka baik dengan ketentuan Allah SWT dan Allah SWT itu hampir kepada mereka yang sentiasa berserah diri kepada-Nya.


Kupohon pada-Mu walau dalam kesusahan
Kupohon pada-Mu walau dalam kepayahan
Ikhlas itu rahsia Allah
Mudah-mudahan padaku
Rahmat-Mu tercurah
Amin

Friday, June 25, 2010

Song - "Give Thanks to Allah" by Michael Jackson

MJ the "King of Pop"



Pemergian Michael Jackson sudah genap 1 tahun. MJ adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak harta nya disumbangkan kepada badan-badan amal seperti di Afrika, Mangsa AIDS, Mangsa kanak-kanak di dera. Walaubagaimanapun, MJ tidak dapat merasa ketenangan hati. Namun MJ telah membuat satu keputusan yang akan memberi impak besar terhadap dunia dan peminatnya. Setelah melihat abang nya (Jermaine) hidup dalam Islam dengan ketenangan dan kedamaian. Oleh itu MJ telah membuat satu kenyataan:

"Saya telah melihat Islam dalam abang saya, saya juga telah membaca buku berkenaan Islam, Saya dapat merasa ketenangan dan keamanan Islam itu"

Semenjak itu, Amerika menghidupkan kembali cerita-cerita negatif terhadap MJ terutama cerita berkaitan dengan asrama dengan kanak-kanak melalui media. Ini adalah perancangan Amerika bagi mengurangkan peminat dikalangan MJ. Oleh kerana tekanan yang hebat itu, MJ telah memilih untuk melarikan diri dari USA ke England. Di England beliau telah berkawan rapat dengan Yusof Islam dan mendalami Islam. Di sana juga MJ dikenalkan dengan pencipta lagu iaitu Zain Bhika dan telah mereka lagu untuk MJ "Give Thanks To Allah". Kemudian MJ mendalami Islam di Bharain selama 3 tahun.

Akhirnya beliau setuju mengadakan konsert di England tapi bukan di USA sebab MJ mengetahui beliau tidak akan dibenarkan ada konsert tersebut. MJ berhasrat untuk menyanyikan lagu "Give Thanks to Allah" dan memaklumkan beliau sudah memerluk Islam kepada semua seluruh peminatnya melalui konsert itu. MJ telah bersungguh-sungguh menjalani latihan selama 2 bulan. Tapi dunia terkejut apabila beliau telah meninggal sebelum konsert. Kematian MJ adalah satu perancangan oleh pihak tertentu kerana mereka menjangka pengumuman MJ telah memerluk Islam akan menarik lebih ramai peminat untuk mengenali dan mendekati agama Islam.

Keluarga MJ ingin kembumikan MJ secara Islam tetapi ugutan dari CIA supaya tidak melakukan secara terbuka (TV). Sekiranya dimaklumkan kembumian MJ secara Islam maka hak penjaga anak-anak MJ daripada ibunya akan diserah kepada Debbie Roma. Oleh itu kembumian secara olok-olok dilakukan di dalam TV.

Sekiranya MJ telah memerluk Islam...kita hadiah Al-Fatihah kepada beliau sebagai hadiah dan penghargaan kita terhadap MJ. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Amin