Saturday, June 13, 2009

Bercuti Ke Perth, 4 - 8 Jun 2009

Musim cuti sekolah ........menjadi kebiasaan kami sekeluarga apabila tiba musim cuti sekolah bersama-sama untuk pergi melancong ke mana-mana. Percutian bersama keluarga ini adalah bertujuan berjalan-jalan sambil menikmati keindahan alam bagi refresh minda. Cuti sekoloah yang lepas kami memilih Cameron Highland tetapi kali ini, kami memilih negara kangaroo iaitu Perth , Australia sebagai destinasi percutian kami sekeluarga. Pada masa ini adalah permulaan musim winter disana... ini sesuai kerana cuacanya tidak terlalu sejuk dan untuk ke negara ini juga cuma penerbangan selama 4 jam. Perth adalah bandar yang menarik dimana mempunyai pusat membeli-belah yang tersusun disetempat seperti Humburg di Germany dan landskapnya yang cantik serta menarik. Yang best semasa kita di sana kita juga dapat melihat gelagat masyarakat nya yang berbeza dengan negara kita.... ..... kami tidak memilih untuk shopping kerana mata wangnya yang terlalu tinggi iaitu $1 = RM2.84. Bagi mendapat makanan halal tidak menjadi masalah kerna kerdapat restoran Malaysia (INSAN), Indonesia (OLE-OLE) dan Pakistan (KARACHI) dan lain-lain..... tapi kami memilih untuk masak sendiri memandangkan kami tinggal di apartment yang dilengkap dengan segala kemudahan iaitu Monte Clare. Apartment ke Perth city kalau berjalan kaki adalah selama 30 minit. Di Perth public transport adalah percuma ke Perth city iaitu bas yang dikenali sebagai Red Cat dan Yellow Cat. Nak bagi tips kalau nak membeli souvenir jangan beli di Perth tetapi beli di Fremantle market. Untuk ke Fremantle perlulah menaiki train selama 40 minit dari Perth station..... Fremantle city ini berhampiran dengan laut dan di sana boleh menikmati makanan sea food. Kalau ke Perth jangan terlepas peluang melawat ke Caversham Wildlife Park melihat seperti wombat, kangaroo & Koala.