Allah tidak pernah melakukan sesuatu perkara sia-sia iaitu tanpa tujuan. Semua perbuatanNYA adalah berasaskan hikmah dan kebijaksanaanNYA walaupun kita tidak mengetahui. Tentunya apa yang berlaku ada alasan bagi setiap sesuatu yang di ciptaNYA, tetapi tidak lah diwajib bagi kita mengetahui alasan tersebut. Begitu juga kejadian Nabi Adam (a.s).... bumi ini akan dianggapkan musnah dengannya permulaan wujudnya manusia. Tapi Allah menegaskan bahawa DIA lebih mengetahui. Kita sering merasakan terganggu dengan sesetangah kejadian atau masalah kerana kita tidak tahu tujuan sebenar disebaliknya. Tidak berlaku sama ada dalam dunia kebendaan ataupun kerohanian, perbuatan walaupun mengerdipkan mata dan berfikir melainkan semuanya dengan keizinan, kuasa, kehendak dan kemahuan Allah. Allah menyayangi kita dengan menguji kita dengan pelbagai. Tujuannya adalah untuk mendekati diri kita kepada NYA. Kalau hari ini kita menduduki ujian dengan tidak tahu soalan ujian itu bagi kenaikan pangkat atau mendapat sesuatu kejayaan dalam hidup, begitu dengan ujian Allah bagi mendekati kita kepadaNYA.