Saturday, October 17, 2009

Blog Nenek...

Amat terkejut seorang nenek berusia lebih daripada 97 tahun mempunyai blog sendiri. Nama nenek ini Amelia Lopez. Beliau telah banyak mencatatkan hasil kisah dan pengalaman beliau dalam blognya... pada awal beliau seorang yang buta IT, tapi sebab minatnya mendalam berkongsi pengalaman dan kisah hidup beliau dengan manusia diseluruh dunia. Didalam blog beliau juga mencerita tentang kecantikan wajah beliau semasa berusia remaja sehingga tidak sedar akan jauh perubahan telah terjadi dengan rambutnya telah bertukar menjadi putih dan terpaksa bertongkat. Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mengenali Lopez dengan lebih dekat bolehlah melayari http://amis95.blogspot.com/.
Tapi dinegara kita berbeza... apabila diperingkat umur 40'an mempunyai blog tersendiri ternyata kita dianggap tidak sesuai menjadi ikutan remaja kerana blog itu hanya untuk remaja yang berumur 18'an. Sebenarnya blog ini adalah bertujuan untuk kita sama-sama berkongsi idea atau pandangan tanpa ada batasan umur dan cara tersendiri bagi kita menyediakan blog yang menarik ramai peminat melayarinya.
Penyediaan blog ini juga memerlukkan tahap kesabaran dan ketekunan yang tinggi disamping itu memerlukan kita berfikiran luas, terbuka dan sensitif dengan isu semasa. Blog juga memerlukan seseorang itu berfikiran kreatif dan menarik terutama dalam menyampaikan cerita, maklumat, iklan apa jua yang difikirkan dapat dikongsi bersama. Dalam dunia perniagaan hari ini dikatakan blog ini salah satu punca mendapat pandapatan lumayan dan memperolehi pelanggan yang ramai dari seluruh dunia. Pada awalnya saya juga menganggapkan membangunkan blog ini amat sukar seperti nenek lopez hadapi tetapi setelah saya cuba, saya merasa ketenangan apabila dapat menyampaikan mesej untuk dikongsikan bersama seluruh manusia di alam IT. Insyallah satu masa nanti saya juga akan mewujudkan blog bagi tujuan perniagaan seperti sahabat-sahabat kita yang telah berjaya dalam arena perniagaan melalui blog.