Hari yang baik ini akan terasa lebih indah dan bermakna apabila kita dapat menyambutnya bersama ibubapa, keluarga dan sahabat handai yang jauh dan dekat... Aidilfitri merapatkan hubungan silaturrahim dan peluang untuk kita bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan masa lalu. Yang jauh didekatkan dan yang dekat disatukan. Mudah-mudahan kehidupan kita menjadi lebih sejahtera dengan kemaafan yang diterima dan memaafkan.
Seiring dengan semangat Aidilfitri, pada kesempatan ini juga saya menyusun sepuluh jari memohon keampunan pada tutur kata, tingkah laku mahupun tulisan yang menyinggung hati sepanjang bekongsi penulisan atau catatan menerusi blog ini yang masih banyak kekurangannya. Titipan salam kemaafan dan salam Aidilfitri juga daripada keluarga tercinta FAZNI SANI, FAZNI ARINA AUNI, FAZNI ALIF ASYRAF & FAZNI ARIF ADLI
Meriahkanlah juga suasana Aidilfitri itu dengan melaungkan takbir kerana menyambut Hari Raya Aidilfitri adalah satu ibadah bagi kita sebagai melahirkan rasa syukur kita kepada Allah Taala. Allah Akbar! Allah Akbar! Allah Akbar!