Thursday, February 28, 2013

Lepat di Bumi Bremen

                                                Foto 1: Suasana di Bremen waktu pagi

Tiba-tiba teringat aku pada bumi Bremen cuaca yang sejuk dan udara yang nyaman. Aku pernah menjejakkan kaki di bumi Bremen sebanyak 2 kali. Kali pertama  Januari 2008 dan kali kedua  April 2010 . Disitu aku telah bertemu dengan seorang bapa yang telah kehilangan anak hampir 18 tahun. Bapa yang tinggal di bumi Bremen itu adalah Ismail Ariffin atau dikenali sebagai "LEPAT". Nama beliau tidak asing bagi anak Malaysia berada di Bremen. Lepat dimata kaca aku adalah bapa dan abang kepada anak Malaysia yang belajar di situ. Tidak salah kalau aku katakan aku kagum dengan kebaikannya kerana layanan nya terhadap pelajar Malaysia di sana.

Melalui seorang pelajar Malaysia yang menuntut tahun pengajian akhir di sana telah memperkenalkan kami dengan Lepat melalui majlis makan malam. Nama pelajar Malaysia tersebut adalah Fiza dan beliau telah kembali ke rahmatullah pada 2010 (aku berpeluang menziarah Fiza di hospital sebelum dia pergi buat selama-lamanya - Al-Fatihah). Fiza banyak mencerita kepada aku kisah lepat serta kebaikannya. Semasa saat akhir  untuk fiza kembali ke Malaysia dari bumi Bremen beliau menangis sukar untuk meninggalkan kenangan bersama rakan-rakan disana termasuk Lepat yang banyak membantu beliau. Dari cerita Fiza lah aku dapat membayangkan kebaikan hati Lepat.



Foto 2: majlis makan malam bersama pelajar Malaysia di Bremen dan perpisahan Fiza

Siapa Lepat ini...? Lepat dibumi Bremen sebagai pelukis dan pemain muzik jalanan.... dan seorang bapa yang menderita kerana amat merindui anaknya...terpaksa akur dan pasrah dengan perpisahan ini...ikuti coretan perpisahan ini:

Kes Lepat dan Sunni mendapat perhatian ramai di seluruh negara selepas dikejutkan dengan berita mengenai Aishah melarikan anak mereka ketika mengadakan pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Timur Laut pada waktu itu, Othman Ibrahim.

Pada 1 April 1997, mahkamah mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown. Bagaimanapun, Aishah mengambil kesempatan daripada perintah itu dengan merancang melarikan Sunni ke luar negara menerusi sempadan di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Malah, insiden itu bukan yang pertama kerana pada Februari 1996, Aishah pernah melarikan Sunni ke negara asalnya sebelum Lepat berusaha ‘merampas’ anak sulungnya itu ketika sedang tidur di kediaman keluarga mentuanya di Devon, England.

Kini, pasangan yang sudah berpisah itu membawa haluan masing-masing dengan Aishah, 38, menetap bersama Sunni, 16, di Devon.

Sunni kini aktif menyertai pertandingan tarian dan pernah layak ke pertandingan akhir rancangan popular di United Kingdom (UK), Got To Dance, bersama kumpulannya, Jukebox Juniors yang dianggotai sembilan kanak-kanak cilik dan remaja.Kumpulannya cukup dikenali di UK, malah pernah menjadi juara pertandingan tarian hip hop dan dia kini dikenali sebagai Sunni Brummitt.


                                                  Foto 3: Sunni anak Lepat yang dirindui

Lepat juga telah berkahwin untuk kali kedua dengan rakyat Jerman dan kini tinggal bersama isterinya, Nor Azlina Ceasar Abdullah, 27, yang juga penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen dan anak perempuan Siti Aminah serta anak lelaki Ahmad Azli Ceasar, .

Lepat telah banyak berusaha untuk mendapat kembali anaknya Sunni..ikuti kenyataan beliau:

“Sudah puas saya minta bantuan sana sini mendapatkan semula anak saya (Sunni Sazali), tetapi semuanya tidak berhasil. Kini saya hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti dia kembali.
“Sudah hampir 14 tahun saya cuba minta tolong pihak berkaitan tetapi semuanya seperti membisu hingga menyebabkan jiwa saya tertekan memikirkannya.

“Sehingga kini, semua pihak seperti sudah melupakannya termasuk juga Mahkamah Syariah Pulau Pinang yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap Sunni ketika dia dilarikan bekas isteri saya,” katanya. Menurutnya, sejak kejadian Sunni dilarikan bekas isterinya, Aishah Jane Brummit, dia banyak memendam perasaan. Katanya, akibat terlalu lama memendam perasaan itu juga menyebabkan dia disahkan menghidap penyakit hulu hati dan buah pinggang.

“Saya menderita penyakit ini sudah sekian lama hingga terpaksa menjalani pembedahan di Jerman pada 2009 dan doktor di sana mengesahkan bahawa penyakit itu disebabkan gangguan emosi kronik yang dialami.

“Siapa yang mampu bertahan dengan situasi dihadapi seperti ini, sudahlah anak dilarikan ketika dalam jagaan ‘pihak berkuasa’, bantuan diharapkan dapat mengusahakan kepulangannya semula juga tidak berhasil,” katanya.

Dia mengakui sangat merindui Sunni dan beberapa kali pernah cuba berkomunikasi dengannya melalui laman sosial, facebook tetapi anaknya itu seperti mengelak daripada‘berbual’ dengannya.

“Dengan apa yang terjadi kepada saya ini, saya tidak berdendam kepada Aishah Jane tetapi akan terkilan jika dia dan Sunni tidak lagi mengikut ajaran Islam.

“Walaupun ramai mempersoalkan gaya penampilan saya hingga ada yang pernah mendakwa saya mengikut ajaran sesat, sebenarnya saya taat kepada ajaran Islam dan tidak kisah apa yang orang katakan,” katanya. “Malah, saya ada merancang untuk membawa isteri dan anak-anak di Jerman pulang dan menetap di Malaysia kerana mahukan mereka mendalami ajaran Islam.

Dia juga menceritakan kepada Siti Aminah mengenai Sunni dan dia beriya-iya mahu bertemu dengan abangnya itu.


Foto 4: Lepat dan isterinya serta Siti Aminah


Foto 5: Siti Aminah bersama Lepat


Terserlah kasih sayang lepat terhadap anak-anaknya...boleh dilihat melalui "youtube lepat"




Doa agar Lepat berjaya bertemu kembali dengan anaknya Sunni dan Sunni kembali kepada ajaran Islam. Amin .

Insyallah aku akan pergi ke Bremen pada bulan April 2013 sekiranya ada rezeki dan harap2 berpeluang bertemu dengan Lepat disana nanti.

Allah lebih mengetahui akan terjadinya sesuatu itu dan hikmah sebaliknya.