Wednesday, December 9, 2009

BUSINESS PLAN 2009/2010

Setiap organisasi / jabatan pada penghujung tahun akan sibuk dengan penyediaan Business Plan (BP) samalah juga dengan jabatan aku. Semalam dan hari ini kelam-kabut aku dan rakan2 menyediakan BP iaitu pencapaian 2009 dan perancangan 2010. Alhamdulillah pencapaian aku bagi kerja-kerja membangunkan Manual latihan tahun 2009 ini dikatakan average 90% tercapai dan 10% tidak tercapai adalah masalah peruntukan. Bagi jabatan aku perancangan BP 2010 adalah di bawah skop Pesijilan Kemahiran Malaysia (SKM) dan pihak pengurusan atasan telah memutuskan BP mestilah berdasar kepada 5 teras iaitu :
Teras 1: Kajian employability dan attitude (soft skill) diterapkan dalam latihan kemahiran; Teras 2: Persijilan SKM setaraf diperingkat global; Teras 3: Standard NOSS multiskill dengan pendekatan NOSS yang lebih dinamik; Teras 4:New Skill Area - Cth: Green Technology / Halal hub; dan Teras 5: Industry Based (NDTS) - perlu diperluaskan
Lain-lain Input aku rasa penting:
1. Kualiti Pengajar ;2. Penyelidikan & Inovasi;3. Pembelajaran Sepanjang Hayat
Memandangkan latihan kemahiran akan menjadi arus perdana untuk RMK10 adalah besar menjadi tanggungjawab semua pegawai di latihan kemahiran ini memikul BP ini supaya melaksana seperti sasaran. BP ini juga akan mengambil kira kepada keputusan kerajaan untuk High Income Model bagi meningkat hasil ekonomi negara seperti kenyataan akhbar "It is now the right time for Malaysia to move its economy from a middle-income to high-income model, according World Bank experts"......“To move to a higher income-based economy, we have to move towards a knowledge and innovation-based economy where skilled labour is needed”.