Thursday, December 10, 2009

SIKAP AGRESIF & ASERTIF

Sikap Agresif :
1.Mereka suka mempertahankan setiap pandangan yang diutarakan dengan tegas, walaupun kadang terbabas.
2. Mereka akan menyinggung , menyentuh perasaan orang lain
3. Mereka merendah kemampuan seseorang sebagai jalan terakhir
4. Mereka Mengamalkan konsep 'aku sahaja yang betul"
5. Mereka juga tidak menerima pandangan orang lain dalam membuat keputusan
6. Mereka juga sering menyalahkan dan merendahkan keupayaan orang lain bagi menutup kelemahan diri sendiri sebagai jalan keluar.
Sikap: Ego, Terlalu Yakin, Defensi, Menyinggung Perasaan Orang Lain, Mudah Melenting

Sikap Asertif
1. Mereka mempunyai keyakianan pada diri yang tinggi
2. Mereka dapat menyatakan pandangan dengan jelas dan boleh diterima semua pihak
3. Mereka juga menerima dan menghormati hak-hak dan pandangan individu lain dengan menyatakan "Ya, saya merasakan itu idea yang bernas dan baik".
4. Mereka berpegang teguh kepada sikap hak asasi dan lebih terbuka.
5. Mereka mudah mesra dengan sesiapa sahaja tanpa dendam dan bersalah sangka.
6. Mereka juga berani menghadapi atau menanggung risiko
Sikap: Berfikiran terbuka, Keyakinan tinggi, Kegagalan dipandang positif, Menghormati hak orang lain.

Jauhkan diri kita dari sikap Agresif dengan melontarkan kesalahan kepada orang lain dan amalkan sikap Asertif dengan lebih bertanggungjawab.