Saturday, December 26, 2009

SAHABAT BREMEN



Terkejut aku bila diperkhabarkan bahawa seorang kawan rapat semasa berada di Bremen sedang terlantar di Hospital Kuala Lumpur, sedang menjalani rawatan kanser rahim. aku yakin ade kawan2 yg ke blogku ini pernah ke Bremen mengenali wanita yang sedang berhadapan dengan penyakit yang amat ditakuti oleh kaum wanita hari ini. Norshafiza (Fiza)...itulah nama yg memenuhi ruang fikiranku sejak balik daripada menghadiri kursus Nvivo di UTHM,Batu Pahat. Terlalu besar dugaan yg dia diterima oleh nya, terlalu sayu utk aku kenangkan. Dengan usia yg belum berumahtangga dia terpaksa berjuang menempuhi penyakit ini. Berita yg di sampaikan betul2 mengejutkan aku. apabila en.usof memaklumkan..Pernah aku membuat panggilan telefon kepada nya tapi tak berjawab, Aku minta kpda kawan2 samada kenal atau tak insan ini, sama2 la kita berdoa memohon kesembuhan utk dirinya...aku juga dimaklum oleh en.usof bahawa dia mungkin sekarang ini sudah selesai menjalani operation dan dalam rawatan kemoterapi. Sekarang kita mendengar dan melihat orang lain diuji dan mungkin suatu hari kita juga tidak sedar perkara semacam ini akan berlaku kepada diri kita. Ianya adalah dugaan Allah. Allah yang Maha Mengetahui. Di samping menjalani rawatan, kita juga berdoa pada Allah S.W.T dengan insaf menimpa diri kita dosa kita yang lepas. Paling penting lebih mendekatkan diri kita dgn Pencinta yg Maha Agung... dan memohon keampunanNYA

Satu perkara yang amat penting dalam rawatan penyakit kanser ialah pengesanan diperingkat awal