Wednesday, September 16, 2009

Tiba Syawal Yang Mulia.. SELAMAT HARI RAYA

Syawal menjengah lagi... Kedatangannya sememang dinanti seluruh umat Islam sebagai meraikan kemenangan setelah sebulan menahan lapar, dahaga dan hawa nafsu...sekali gus menjadi kita insan yang lebih baik selepas ini....Insyallah.
Hari yang baik ini akan terasa lebih indah dan bermakna apabila kita dapat menyambutnya bersama ibubapa, keluarga dan sahabat handai yang jauh dan dekat... Aidilfitri merapatkan hubungan silaturrahim dan peluang untuk kita bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan masa lalu. Yang jauh didekatkan dan yang dekat disatukan. Mudah-mudahan kehidupan kita menjadi lebih sejahtera dengan kemaafan yang diterima dan memaafkan.
Seiring dengan semangat Aidilfitri, pada kesempatan ini juga saya menyusun sepuluh jari memohon keampunan pada tutur kata, tingkah laku mahupun tulisan yang menyinggung hati sepanjang bekongsi penulisan atau catatan menerusi blog ini yang masih banyak kekurangannya. Titipan salam kemaafan dan salam Aidilfitri juga daripada keluarga tercinta FAZNI SANI, FAZNI ARINA AUNI, FAZNI ALIF ASYRAF & FAZNI ARIF ADLI

Meriahkanlah juga suasana Aidilfitri itu dengan melaungkan takbir kerana menyambut Hari Raya Aidilfitri adalah satu ibadah bagi kita sebagai melahirkan rasa syukur kita kepada Allah Taala. Allah Akbar! Allah Akbar! Allah Akbar!

Tuesday, September 15, 2009

LAILATUL QADAR

Sedar atau tidak kita sudah pun berada pada akhir Ramadan yang dirindui oleh para kekasih Allah SWT. Ini bererti Ramadan akan melambaikan salam perpisahannya dalam beberapa hari yang pendek lagi.

Sepatutnya kita perlu merasakan seolah-olah tidak mencukupi dengan saki-baki minit, jam dan hari yang ada pada bulan mulia ini. Masih banyak bukti pengabdian yang belum sempurna dipersembahkan ke hadapan-Nya. Kita pula merasakan hari-hari ini begitu pendek kerana pelbagai kesibukan duniawi apabila mengenangkan Hari Raya yang menjelang tiba. Pelbagai persiapan perlu disediakan dari segi pakaian, rumah dan juadah yang hendak disempurnakan.

Mungkin kah hari terakhir Ramadan ini menjadi pudar dan tenggelam dalam keriuhan ambang Syawal sedangkan akhir Ramadan inilah merupakan peringkat terpenting dalam madrasah Ramadan yang sedang kita lalui ini. Masjid2 & surau tidak lagi menjadi agenda utama seperti awal menyambung Ramadan. Sesungguh malam terakhir Ramadan iaitu malam-malam ganjil dijanjikan oleh Allah Lailatul Qadar. Inilah permintaan Rasulullah (s.a.w) junjungan Nabi kita yang dikasihi kepada Allah Taala iaitu memberi kelebihan kepada umat baginda diakhir zaman disebabkan umat baginda tidak mempunyai umur yang panjang untuk melakukan ibadah terhadap Allah Taala. Allah Ta’ala berfirman al-Dukhan ayat 1-6 yang bermaksud

“ Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (Iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul sebagai rahmat dari Rabb-mu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Peringatan ini adalah untuk diri saya jua...segala kebaikan datangnya dari Allah Taala dan kelemahan adalah diri saya.

Monday, September 14, 2009

Renungan Bersama

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu. Ceritanya: Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah.

Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan .
Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya.

Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah. “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” ” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras.

Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Kalau kita fikir susah, ada lagi orang lebih susah... kalau kita fikir kita senang, ada lagi orang lebih senang. Oleh itu pilih lah untuk berfikir serdehana dalam apa jua dan selalu bersyukur dengan apa yang di beri oleh Allah.

Friday, September 11, 2009

LAWATAN KE TRACTOR MALAYSIA PUCHONG




Tractor Malaysia Puchong telah beroperasi pada 1957, sekarang ini di bawah pengurusan Sime Darby Berhad. Dimana business adalah jentera @ kenderaan berat (heavy equipment) jualan,sewa dan juga service selepas jualan. Jenama yang digunakan adalah jenis caterpillar. Disini juga menyediakan perkhidmatan pemasanagn NGV dengan harga berpatutan. Tujuan lawatan kami adalah fokus kepada skill training yang dilaksanakan di syrikat ini. Skill training dijalankan melalui dua kaedah iaitu pelatih berbayar program pentauliahan dan pelatih tajaan sendiri program SLDN bagi persijilan SKM. Dimana kami dimaklumkan bahawa semua juruteknik yang diperlukan oleh syarikat ini adalah SKM level 3. Tahap dimana seseorang pelatih dapat melaksanakan tugas terutama diperingkat trouble shooting dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Kebanyakan training yang ditawarkan dalam bidang automotive kenderaan biasa dan juga berat. Tempat training ini amat lah sesuai dengan konsep persekitaran kerja secara sebenar. Ini memberi pendedahan kepada pelatih bagi melaksanakan latihan bersama dengan tanggungjawab terhadap produk yang dihasilkan dan service yang diberi kepada pelanggan.