Sunday, November 27, 2011



Seorang anak yatim melukis gambar "ibu"nya dan tidur bersama lukisan itu : Ya Allah...sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi beri mereka pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui....

Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti…?
Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti…?
Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?...
Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?...
Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?...
Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?...
Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkanyang lain-lain…tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi….
Ya’Allah..padaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik…padaMu jua aku meminta berikanku perlindunganMu…
Panjangkan umurku Ya’Allah…bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa…
berikanlah aku kekuatanMU Ya’Allah…hanya padaMu aku berserah Ya’Allah….
Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang…Maha Pengampun….Maha SegalaNya….Amin….”

Saturday, November 26, 2011

Penghijrahan Seorang Insan

Bahawasanya, semua amalan manusia tergantung kepada niatnya, dan bahwa bagi tiap-tiap orang (balasannya) tergantung pada niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu akan mencapai (redha) Allah dan Rasul-Nya.

Sebuah kisah penghijrahan insan bernama "Pedro" kepada "Abdul Aziz".

Pedro dilahirkan berbangsa Portugis di Melaka 56 tahun yang lalu. Beliau seorang penganut agama Kristian. Sumber pendapatannya ialah melalui sebuah restoran dan pub yang diusahakannya sekian lama.

Perniagaan PUBnya sungguh laris dan dipenuhi pelanggan setiap malam. Dia seorang yang mudah mesra dan bijak melayan para pelanggannya. Setiap malam dia akan minum arak bersama mereka. Berpuluh tahun lamanya, itulah cara hidup yang diketahuinya. Ramai pelanggan menjadi sahabat karibnya, bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan tetapi juga di kalangan golongan ekspatriat yang ramai terdapat di sekitar Ampang yang terkenal dengan kawasan pejabat Kedutaan. Perniagaannya berkembang maju dan hidupnya mewah hasil dari penjualan arak.

Beberapa bulan sebelum Ramadhan 1432, hidupnya berubah secara drastik. Tidak tahu dimana dan bagaimana untuk memulakan cerita…secara tiba-tiba berbagai persoalan tentang Tuhan dan kehidupan masuk ke dalam fikirannya. Persoalan yang dia sendiri tidak tahu jawapannya. Hidupnya menjadi tidak keruan, jiwanya kacau, benaknya diasak persoalan.

Tiba-tiba bagai ada satu kuasa menyuruhnya untuk menulis bait-bait puisi yang ada di dalam kepalanya. Dia tidak faham apa yang ditulisnya lalu Pedro merujuk kepada seorang sahabatnya seorang penulis. Menurut sahabatnya apa yang digambarkan di dalam puisinya itu berbicara tentang Allah yang satu. Pedro menjadi bertambah bingung.
Suatu malam dia tersentak dari tidurnya dan serta-merta mulutnya menyebut “Allahuakbar”….. ungkapan yang tidak pernah disebutnya selama ini. Pedro tidak dapat melelapkan matanya malam itu. Bagaikan ada suatu desakan di dalam nalurinya untuk segera beriman kepada Allah.

Keesokannya hari Sabtu dia memohon bantuan seorang rakan untuk membawanya ke PERKIM. 2 jam menunggu rakan itu tidak kunjung tiba. Pedro terus memandu ke PERKIM sendirian. Tiba di PERKIM, Pengawal Keselamatan di situ enggan membenarkan dia masuk dengan alasan pejabat tutup, meskipun terdapat beberapa orang ustaz yang sedang mengajar kelas agama di tingkat atas.

Pedro terus memandu dan tidak tahu ke mana arah untuk dituju dan kepada siapa untuk mengadu. Dia tidak lagi dapat menanggung desakan di dalam jiwanya yang tidak akan tenteram selagi dia tidak menemukan jawapannya hari itu juga. Lalu dia terpandang sebuah masjid berhampiran dan mengambil keputusan untuk berhenti dan masuk memohon bantuan. Dia terserempak dengan beberapa orang jemaah yang baru habis menunaikan solat dan meminta mereka membawanya bertemu dengan orang yang dapat membantunya. Mereka seakan tidak acuh dengan permintaannya dan menyuruh dia masuk ke dalam mencari sendiri. Akhirnya beberapa orang pengikut tabligh yang berada di dalam masjid menawarkan diri untuk membawa dia ke rumah Imam yang terletak di belakang masjid.

Malangnya Imam sudah keluar. Lalu mereka mengambil keputusan untuk memohon bantuan pembantu Imam. Sampai di rumahnya, isteri pembantu imam tidak membenarkan mereka mengganggu suaminya yang sedang tidur. Walaupun dipujuk berkali-kali dia tetap enggan mengejutkan Imam. Dengan kuasa Allah tiba-tba Imam pun tiba dengan motorsikalnya di rumah bersebelahan. Lalu mereka menemui beliau dan memohon bantuannya. Hari itu juga Pedro memeluk islam dan memilih “Abdul Aziz” sebagai nama baru.

Fauzi, Pengurus Restoran milik Pedro yang telah bekerja dengannya lebih dari 15 tahun. Perubahan Pedro telah mendorong kakitangannya untuk turut berubah menjadi insan yang lebih baik.
4 hari selepas berakhirnya Ramadhan, Pedro membuka restorannya semula dan menukar ia dari sebuah pub kepada sebuah Restoran Portugis Islam. Pekerjanya yang beragama Islam juga kembali bekerja malah telah menjadikan Pedro sebagai inspirasi dan contoh untuk mereka bertaubat dan mendekati Allah. Mereka mula berusaha untuk tidak meninggalkan solat.

Isterinya masih lagi seorang Kristian…seperti kata Pedro; “berikan dia masa…hidayah itu harus datang dari dalam dirinya dan bukan dipaksa”. Anak-anaknya secara perlahan-lahan sudah mula dapat menerima Pedro sebagai seorang Islam.
Pedro harus bangkit semula membina hidupnya di hujung usia setelah kehilangan semua pelanggannya. Jika dahulu dia boleh memperolehi pendapatan sehingga 5 ribu ringgit sehari, sekarang 500 ringgit pun agak payah. Namun keyakinannya terhadap agama yang dipilihnya menjadikan dia lebih tabah dan pasti bahawa hidupnya kini lebih baik dari hari-hari semalam.

Inilah kisah beliau. Kisah sebuah penghijrahan dari kejahilan ke jalan Allah SWT dan bagaimana ia merubah 360darjah hidupnya.
Ketika saya meminta untuk menulis kisah beliau, Pedro sangat keberatan. Beliau tidak mahu menggunakan Islam sebagai landasan untuk menarik pelanggan ke restorannya. Tetapi setelah dipujuk dan saya menyatakan niat saya supaya ceritanya ini untuk tujuan berdakwah dan sebagai inspirasi kepada orang lain barulah beliau bersetuju.



Subhanallah.....ALhamdulillah syukur..Tahniah kerana memilih untuk berhijrah...semoga Allah akan memancarkan sinar keimanan dan hidayah berpanjangan kepada Abdul Aziz (Pedro) ..aminnnn

Selamat menyambut Awal Muharam 1433 Hijrah kepada sahabatku semua. Semoga Allah swt terus melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada semua umat Islam.

Friday, November 11, 2011

Kisah Natrah Maarof @ Bertha Hertogh



Natrah atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

kisah Natrah dipetik dari laman wikipedia:

1937 Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh

1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline menyerahkan Bertha Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.

Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Natrah telah hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.

1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom . Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.

1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh. Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura.

Natrah kemundian dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura.

Che Aminah telah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim. Akhirnya Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura dan Che Aminah menang kes rayuannya.

Natrah dibawa bersama Che Aminah dan kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad , Siti Aisyah.

Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah. Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.

Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya.

Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.

Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

Akhirnya hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.

Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM. Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'.

Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.

Surat Mansor Adabi kepada Natrah

Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.

1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri. Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen.

1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak.

1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.

Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit.

Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai.

1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans

1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans

1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta.

Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel.

Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.

Kisah ini diabadikan dalam buku 'Tragedi Natrah' dan 'Maria Hertogh riots' di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda.









Wednesday, October 26, 2011

Membersih Hati

SETIAP hamba Allah pasti melalui hari yang mendung dalam hidupnya. Ketika itu dia akan berada dalam zon iman yang lemah dan keadaan itu membuat dirinya sangat tertekan. Tetapi bersyukurlah kepada Allah SWT kerana hati anda masih lagi hidup dan berasa sempit apabila menyedari kesilapan dan kealpaan yang lalu. Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Hati ibarat sebagai raja yang memerintah anggota-anggota lain di dalam badan yang diibaratkan sebagai tenteranya (tangan, mulut, kaki, mata dll).

Bagaimana membersihkan hati yang kotor? Dalam hal ini, Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya:

“Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi." Lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkannya?"Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran dan mengingati mati."


Berikut adalah 11 amalan mudah membersihkan hati.
1. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan
2. Beribadat dengan benar dan seikhlas hati
3. Memperbanyakan membaca Al-Quran
4. Memperbanyakkan zikiruallah & selawat kepada Rasulullah (s.a.w)
5. Berakhlak baik
6. Menimba ilmu tanpa henti
7. Bekerja keras cara bijak
8. Bersederhana dalam hidup
9. Ringan tangan membantu sesiapa sahaja
10. Memaafkan orang lain
11. Memperbanyakan doa agar diampunkan dosa.

Allah SWT memandang hambanya bukan kepada kecantikan, kekayaan mahupun kekuasaannya di dunia tetapi kepada amalannya yang ikhlas dan hati hambanya yang bersih.


Thursday, September 15, 2011

Setiap Masalah Mesti Ada Jalan Penyelesaiannya


Masalah sebenarnya adalah ujian Allah untuk mengukur sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai kifarah dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba- Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya.

Sebagai manusia kita sering terlupa dan lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah...hidup ini sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Dunia ini berwarna-warni dan beragam bentuknya banyak dugaan dan rintangannya.Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Untuk rasa sakit, ada kesembuhan. Untuk penyakit, ada ubat. Untuk haus, ada air. Untuk kesulitan, ada kelapangan. Dalam kesempitan, ada kebahagiaan. Jika malam semakin gelap, pertanda akan muncul fajar.

Kesulitan itu memberi hikmah dan pelajaran. Kesulitan mengajarkan erti kemampuan untuk memikul beban dan bertahan. Kesulitan menghapuskan dosa. Kesulitan memperbanyak pahala. Maka bila berhadapan dengan masalah, tenang, sabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

Rasulullah (s.w.a) bersabda :

"Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya hari kiamat".

"Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat".

"dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan akhirat".

CARA MENGATASI MASALAH

1.Bersangka Baik Terhadap Ujian Allah
Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan:

“Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakal.” ( At-Taubah: 129)

2.Minta Pertolongan Dari Allah
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” ( al-Baqarah: 45)

3.Jangan Sedih dan Kecewa
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” ( al-Imran:139)

4.Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5.Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.

"Bila kita merasa susah ada orang yang lebih susah dari kita dan bila kita merasa senang ada orang yang lain lebih senang...maka hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada diri kita".

Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah: 216).

Setiap musibah itu mempunyai tujuan dan setiap kali kita merasa takut dan gelisah, lalu kita akan banyak berdo'a dan meminta kepada Allah SWT.


Sebagai seorang muslim juga kita digalakkan membantu orang dalam kesusahan dan mempunyai masalah sekiranya kita mampu membantu mereka setidak-tidaknya dengan doa kita kepada mereka diringan bebanan. Allah selalu menolong hambanya selama hambanya menolong saudaranya.

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya & Hari Merdeka ke-54!



Aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Hari Merdeka kepada semua peminat setia yang sudi berkunjung ke blog ku ni... Tinggal 3 hari lagi untuk kita meninggalkan Ramadhan yang dikasihi maka tunaikan solat tarawikh dengan banyak-banyaklah berdoa supaya kita dipanjangkan umur dan dapat temui Ramadhan pada tahun hadapan.

Dikesempatan ini, aku dan familiku ingin memohon maaf, zahir dan batin jikalau post-post ada menyakitkan, terguriskan dan sebagainya. Sebagai manusia yang tidak dapat lari dari sentiasa melakukan kesilapan dan harapan dapat memperbaiki dari hari ke hari dengan lebih baik dari hari semalam.

Untuk perantau yang rancang untuk balik kampung halaman diharapkan dapatlah buat precheck kenderaan anda iaitu servis dulu, mana tayar yang angin tak cukup kasi pam dulu. Yang jalan lebih dari 2 jam, pastikan dapat tidur yang cukup. Kalau dalam perjalanan, anda mengantuk, carilah R&R yang berdekatan, berehat ataupun tidur sekejap untuk menghilangkan rasa mengantuk dan penat. Sebelum memulakan perjalanan, bacalah Bismillah dan bacalah doa menaiki kenderaan serta Ayatul Qursi, InsyaAllah Allah akan melindungi perjalanan kita. Amin

Akhir sekali, saya dan keluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN & SELAMAT HARI MERDEKA.



&






Thursday, August 18, 2011

Skil Presentaion Terbaik

3 tip skil presentation yang terbaik:

1. Start with a BANG!

Mula dengan sesuatu yang mengejutkan… atau membuat pendengar anda teruja. tak semestinya mula dengan lawak. Sekiranya anda bukan jenis yang suka melawak, tak perlu pun takpe. Tetapi, mulakan sesuatu yang boleh menarik perhatian pendengar anda. Sekiranya anda membuat presentation untuk mendapatkan derma bagi mereka yang kurang bernasib baik, apa kata mulakan dengan slides gambar-gambar orang2 yang kurang bernasib baik dalam keadaan yang menyedihkan.

Kemudian tanya… “Bayangkan ibu bapa dan adik beradik anda dalam keadaan ini…”. Pastinya dapat menangkap perhatian audience pada minit yang pertama.

2. Keep it short

Ini kesilapan yang selalu saya lihat bagi mereka yang masih lagi baru dalam bidang membuat presentation. Terlalu banyak yang ingin disampaikan. Contoh, masa yang diberikan 10 minit, dalam masa itu, 20 point ingin disampaikan. Ataupun, sering kali juga, membuat presentation dan memakan masa yang lama. Saya pasti anda sendiri pernah mengalami ini, duduk di dewan dan mendengar presentation yang lama (dan agak membosankan) kerana speaker tersebut hendak menyampaikan seluruh mesej!

Keep it short. Melakukan talk pendek untuk 10-15 minit sahaja. Ada kalanya hanya perlu bercakap 5 minit sahaja dan hanya menyampaikan 2-3 point penting. Make your audience want more… dari pada mengharapkan anda cepat habis bercakap! Keeping it short bererti anda tidak menyampaikan terlalu banyak point serta tidak memakan masa yang lama.

3. Relate with them

Manusia mempunyai tarikan emosi. Manusia akan tertarik dengan manusia yang “lebih kurang” sepertinya. Tentukan audience anda dan cuba dapatkan sesuatu yang boleh anda kaitkan dengan audien. Contoh, sekiranya anda bercakap dihadapan golongan koporat, pastikan pakaian anda juga seperti koprat dan beri contoh pengalaman berkaitan dengan industri koprat. Sekiranya anda bercakap dengan golongan suri rumah, masukkan elemen-elemen menjaga anak dan mengendalikan rumah dalam talk anda.

Dengan mempunyai persamaan dengan mereka yang anda bercakap, hubungan antara anda dan audience menjadi semakin rapat dan mereka dapat menerima anda dengan lebih mudah.

Survey telah mendapati bahawa public speaking adalah perkara paling menakutkan untuk orang ramai. Pada peringkat awalnya sahaja... Percayalah sekiranya ia menjadi rutin kerja kita maka ia merupakan perkara yang menyeronokan.

Petikan: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/skil-presentation-dalam-perniagaan/

Saturday, July 30, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan



Sempena tibanya bulan yang mulia "Ramadhan" tidak lama lagi:
saya terlebih dahulu ingin memohon ampun dan maaf,
saya ada berbuat kesalahan baik yang tidak di sengajakan maupun yang di sengaja,
saya ada menyakiti hati di antara anda semua,
saya ada terlanjur kata bila berbicara,
saya mohon halalkan makan & minum yg pernah anda berikan kepada saya selama ini,
dan juga mohon dihalalkan semuanya.

Saya juga telah memaafkan saudara saudari dan telah menghalalkan segalanya.

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Amin.

Selamat bertarawih pada malam Ramadhan dan semoga bertemu "Lailatul Qadar".
AMIN.

Monday, July 25, 2011

Hayat Indah



Di sisi tiang berukir atas renda sejadah
kudus tulus doa fakir yang amat gundah.
Khusyuknya utama mengharap restu abadi
surah-surah suci demi hidup dan mati.

Meluncur unggas menara tergetar rumput taman,
bayu berlagu syahdu di kalbu yang rindu;
bagitu buana berdetak dalam hikmah masa,
begitu ghairah hasrat seganjil rahsia senja.

Yang dikenal wajah dan disangsi maruah;
disapa cakerawala, yang diuji manusia.
Demi hari demi sepi hati inti diri
dan demi malam salam menghiasi alam.

Bilal dan bibir, jemaah dan fakir,
tamsil kasih dalam kemelut getir.
Awal teka-teki di tangan yang alpa
kini rendang mengharumi darma ibadah.

Dari hening azan nafas meranum iman;
meresap rindu ke puncak reda Tuhan –
pesan tak bersuara di hati telah terkata
jiwa seindah rimba anugerah Maha Kuasa.

Rehal dan Quran, serindit dan nisan
damai dalam firman Allah Yang Esa,
terpercik kirai cahaya meluhuri dada
dan sabda Muhammad mengindahi hayat kita.
A. Samad Said (1996)

Tuesday, June 28, 2011

Israk & Mikraj dalam Bulan Rejab

Israk & Mikraj catatan sejarah yang amat penting dalam kelander umat Islam bagi mengingati peristiwa Allah s.w.t telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab. Di saat Rasulullah s.a.w kehilangan dua orang yang amat penting iaitu isteri tercinta, Khadijah dan bapa saudaranya dikasihi, Abu Talib.

Perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa. Rasulullah s.a.w telah diperlihatkan kejadian luar biasa dan disyariatkan ibadat solat lima waktu. Solat adalah tiang agama dimana sesiapa mendirikan solat maka dia mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat bermakna dia meruntuhkan agama.

Israk dan Mikraj sebenarnya mengukuhkan lagi kepercayaan muslim kepada alam ghaib mengisahkan waktu silam, kini dan akan datang menunjukkan kekuasaan, kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.

Amalan sunnat bulan Rejab: Berpuasa dan digalakkan mendengar ceramah mengingati peristiwa Rasulullah s.w.t iaitu Israk & Mikraj.

Peristiwa Israk dan Mikraj juga menunjukkan keanehan yang penuh dengan pengajaran memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah s.w.t dan takut kepada kekuasaan-Nya.


Masjidil-Haram

Masjidil-Aqsa

Thursday, June 16, 2011

Melakukan kebaikan Belum Tentu Dibalas Dengan Kebaikan

Tajuk ini bukan untuk menggalakan dan menyuruh para pembaca blog ini meninggalkan segala kebaikan yang akan dan telah lakukan tetapi supaya pembaca tidak goyah dan terpengaruh sedikit pun dengan pembalasan berhadapan dengan kekejian dan pengikaran mereka yang telah kita berbuat baik. Dan terimalah hakikat dan jangan bersedih dengan apa jua pembalasan kebaikan yang telah kita buat dengan kekejian dan cernaan.

Jangan terkejut sekiranya kita menghadiahkan seseorang itu dengan pen, lalu mereka memakainya dan menulis cemuhan kepada kita kembali suatu masa nanti. Atau kita menghadiahkan seseorang dengan tongkat, suatu ketika nanti tongkat itu digunakan untuk memukul kepala kita kembali. Kita sering hilang kawalan dan menjadi mudah marah dan menjadi serabut fikirannya disaat menghadapi kritikan dan cercaan pedas dari orang yang pernah kita melakukan kebaikan. Itu semua watak manusia yang selalu berubah-ubah dan tidak berterima kasih... Ini adalah hakikat kehidupan yang perlu kita terima walaupun pahit. Oleh itu, berbuat baiklah kejalan Allah nescaya ianya pasti mendapat balasnya kebaikan itu.

"Tangan di atas itu lebih baik dari tangan di bawah"



"Menebarkan senyuman kepada orang yang miskin akhlaknya merupakan sedekah jariah".



Hadith Rasulullah s.a.w:
"Sekalipun engkau bertemu dengan saudaramu dengan wajah ceria"

Oleh itu berbuat kebaikan tidak rugi tapi ingat mesti untuk mencari keredhaan Allah supaya kita tidak bersedih dengan balasan yang akan diterima dari manusia yang pasti berubah mengikut keadaan dan kepentingan mereka.

Wednesday, June 15, 2011

MARAH ITU SENJATA SYAITAN

“Seorang yang kuat bukanlah berupaya melawan lawannya tetapi seorang yang kuat itu seseorang yang dapat menahan perasaan marahnya di saat dia marah."

Marah adalah suatu sifat semulajadi manusia, cuma perlu pada tempat dan masa yang betul, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu. Marah adalah sifat yang pastinya ada dalam diri setiap manusia. Tidak kira apa pun pangkat dan darjat mahupun peringkat umur, pastinya akan mempunyai perasaan marah.

Bila seseorang sering marah tidak tentu hala, orang disekeliling akan ada perasaan yang sama terhadap kita jua. Mereka akan merasa nak marah bila terpandang muka anda. Muka seseorang yang sedang marah itu amatlah buruk dan keji. Perasaan marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi juga kepada diri sendiri.

Orang yang cepat marah atau sedang marah itu biasanya akan melakukan perkara-perkara yang tidak siuman. Ia mungkin akan memaki hamun, merosakkan sesuatu, memudaratkan orang lain dan hilang pertimbangan yang akhirnya menyesali segala yang telah dilakukannnya apabila telah hilang perasaan marahnya.

Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu. Bukannya melawan api yang sedang marak itu dengan api kemarahan. Jika api bertemu api pasti meletup dan kemusnahan terjadi. Orang sekeliling juga harus memainkan peranan membantu, bukan mencurahkan petrol ke api bagi menambahkan kemarahan.

Hikmah mengawal perasan marah dapat mengelakkan berlakunya sifat dengki, dendam, benci, buruk sangka, memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dan bermacam-macam lagi sifat yang tidak baik. Rasulullah S.A.W bersedia memaafkan orang yang bersalah. Sikap ini boleh menimbulkan perasaan kasih sayang dan kemesraan.

Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Sifat marah berasal daripada syaitan, kerana syaitan itu dijadikan daripada api. Ingatlah, bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Oleh itu sekiranya kita sedang marah, sebaik-baiknya terus mengambil wuduk´, kerana air yang disapukan dianggota wudhu´ bukan sahaja dapat menjauhkan diri dari godaan syaitan, malah juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas kerana kemarahan itu.

Wednesday, June 8, 2011

MEMUPUK KESABARAN

Sabar itu mudah diucap tapi sukar dilakukan... Sabar itu memerlukan ilmu dan amalan. Sabar itu bukan sekadar perkataan dibibir tetapi memerlukan pertahanan diri dalam yang tinggi dengan sentiasa redha dengan apa yang terjadi. Hidup dalam dunia ini kadang-kadang terasa tidaklah mudah, ada banyak-banyak kesulitan yang harus dihadapi, beban yang harus ditanggung... memerlukan kesabaran. Oleh itu sabar ganjaran "SYURGA". Langkah untuk bersifat sabar:

1. Bertahan ketika menghadapi musibah
Bila berlaku musibah pada waktu itu, manusia Akan dikuasai oleh perasan (marah, sedih, kecewa dan sebagainya). Ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dan bertindak secara rasional. Cara terbaik pada ketika ini membawa fikiran kepada Allah dengan kata-kata " Aku hambaMu, aku layak dan patut diuji di atas dosa-dosa telah ku lakukan". Terima lah kenyataan dan jangan cuba lari dari kenyataan dengan memberontak sambil berkata "Kenapa aku yang kena?, Apa salahku?. Terima hakikat segala berlaku adalah ujian untuk kita dan menerimanya.

2. Segera mengingati Allah dan mohon keampunanNYA
Rasulullah s.a.w juga telah diuji dan segera solat dan memohon keampunan Allah (wahal baginda tidak berdosa). FirmanNYA " Dan pohonlah pertolongan daripada Allah dengan sabar mengerjakan solat". Jangan mengeluh dengan musibah dan menyalah serta bersangka buruk terhadap orang lain. Rasulluah s.a.w bersabda " Pertahankan diri engkau daripada dikuasai marah dan kembalilah engkau kepada kesabaran".

3. Tidak tergesa-gesa menampakkan musibah itu kepada orang lain.
Setiap musibah mengadu kepada Allah bukan kepada manusia kata perpatah " Engkau menelan kepahitan tanpa mengerutkan muka".

4. Cari punca masalah, bertindak menyelesaikannya
Sabar itu perlu diiringi dengan kebijaksanaan dengan bersifat proaktif dan dinamik. Pandang musibah itu untuk mengambil langkah positif... kita diuji untuk mendekati diri kepadaNYA.

Musuh sabar:
1. Tergesa-gesa
2. Putus -asa
3. Marah

Manusia tidak mampu menahan musibah... Dalam hidup ini, sering berlaku sesuatu yang tidak diingini, tidak dijangka apatah lagi diharap. Maka dengan sabar kita boleh berdepan dengannya....

Mengenal SABAR... tak kenal maka tak cinta. "SABAR ITU INDAH".

Thursday, May 5, 2011

Kenny-G Live in Malaysia



Kenny G terkenal dengan 'Song Bird' akan datang bertemu dengan peminat di Malaysia pada 24 Mei 2011. Beliau berasal dari Seattle, Washington dan mula bermain saxophone pada umur 10 tahun atau dikenali dengan nama "Kenny G Saxophones".

Wednesday, April 20, 2011

Thursday, April 14, 2011

Kenikmatan Hidup...Kemanisan Iman

Hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan....bermula hingga berakhir kehidupan adalah tangisan

" Kelahiran di dunia dengan tangisan; dewasa hidup dicelahi oleh tangisan; dan kematian diiringi dengan tangisan"

Hidup ini hanyalah untuk menyelesaikan masalah (live is to be solves problem)... Ini bukan sikap seorang muslim ...jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk PenciptaNYA (ALLAH S.W.T). Hakikatnya kita dicipta untuk menikmati dan kemudian pulang ke akhirat dengan kenikmatan abadi. Oleh itu kita mesti berjuang untuk mencari kenikmatan hidup. Jadi kehidupan kita perjuangkan bukan untuk penderitaan.

"Berjuang untuk mendapati kenikmatan yang sementara dan demi mencapai kenikmatan abadi (syurga dunia sebelum syurga akhirat)".

Untuk mencapai nikmat hidup sementara kita perlu mempunyai sifat-sifat:
1. Sabar
2. Reda
3. Lapang dada
4. Tawakal

Kalau kaya yang kita cari .... belum menjanjikan kenikmatan yang kekal
Kalau kuasa yang kita cari .... belum menjanjikan kenikmatan yang kekal
Kalau kecantikan yang kita cari .... belum menjanjikan kenikmatan yang kekal
Kalau keseronokan yang kita cari .... belum menjanjikan kenikmatan yang kekal

"Ini seumpamanya: meminum air laut, makin diminum makin haus".

"Apabila kualiti hati rendah, nikmat yang banyak terasa tidak cukup".

Memiliki keajaiban dalam kehidupan apabila kita selalu bersyukur dengan nikmat yang ada...segala menjadi indah (kemanisan iman).

Kemanisan Iman yang perlu kita terokai.... dimana & bagaimana????

Jawapannya: Apabila musibah melanda, mampu sabar dan redha... Keyakinan yang tinggi kepada Allah...hikmah sebalik dugaan kehidupan (Kemanisan Iman).

Tuesday, April 12, 2011

Dicari Ketenang Hati atau Kesenangan Hati?

Apa yang kita cari dalam hidup ini, KETENANGAN HATI ATAU KESENANGAN HATI?

Mengapa selama ini kita selalu mengatakan bahwa Tuhan tidak adil, Tuhan tidak pernah menjawab doa kita, kita selalu berontak dengan keadaan kita, setiap saat merasa kurang dan kurang dalam segala hal, khawatir atau cemas.

Jawabnya sebenarnya ada pada diri kita, karena kita hanya mencari KESENANGAN HATI bukan KETENANGAN HATI.

KETENANGAN HATI dapati dicari dengan:

(1) Mendekati diri dengan berzikir kepada ALLAH
(2) Mengenali Rasulullah (s.w.a) dengan berselawat kepada baginda
(3) Melaksanakan solat dengan ikhlas dan khusyuk
(4) Mengeluarkan zakat dan sedekah kerana ALLAH
(5) Dalam masa-masa SULIT, hendaknya Anda CARI ALLAH.
(6) Dalam masa-masa yang MENYAKITKAN, hendaknya Anda PERCAYAI ALLAH.
(7) Dalam masa-masa TENANG, hendaknya Anda SEMBAH ALLAH.
(8) Dalam masa-masa yang MENYENANGKAN, hendaknya Anda PUJI ALLAH.

Sentiasa BERSYUKURLAH dan MEMUJI KEBESARAN ALLAH (S.W.T).

Bismillahirrahmanirrahim بسم الله الرحمن الرحيم
Subhanallah سبحان الله
Alhamdulillah الحمد لله
Allahu Akbar الله أكبر‎

Masa wukuf di Arafah (2010).... Maha Kaya Allah (s.w.t) selepas waktu asar iaitu bermakna selesai rukun haji ke-2. Tiba-tiba terpapar dilangit biru dan awan putih berarak membentuk Kalimah الله‎. Ada dikalangan jemaah yang sempat mengambil foto kalimah itu.

Thursday, March 24, 2011

Organization Development

Check out this SlideShare Presentation:

Tuesday, March 22, 2011

Muhasabah Diri -Iman Ghazali

Melalui Radio IKIM:

Bila kita melihat orang lebih muda, kita perlu mengingati diri kita bahawa dia tiada dosa yang banyak berbanding dengan kita;

Bila kita melihat orang yang tua, kita perlu mengingati diri kita bahawa dia telah banyak menyembah Allah berbanding dengan kita;

Bila kita melihat orang alim, kita perlu mengingati diri kita bahawa dia banyak ilmu dan amal kepada Allah berbanding dengan kita;

Bila kita melihat orang jahil, maka kita hendaklah berkata orang yang jahil ini membuat kejahatan kerana kejahilannya, tetapi kita yang di beri Allah ilmu, mengapa melakukan juga maksiat dan kejahatan;

Bila melihat orang kafir, apabila dia memeluk Islam Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang lepas seperti bayi yang baru lahir disisi Allah, kita perlu mengingati diri kita yang telah lama dalam Islam apa amalan kita lakukan.

Alllah mengetahui siapa yang akan diterima disisi Alalh.... kesudahan hidup kita belum pasti sama ada berakhir dengan kebaikan atau sebaliknya Allah jua yang menetapkannya. Kesudahan itu amatlah penting dalam hidup kita.... Jangan kita sombong... hati kita mestilah sentiasa takut kepada berakhirnya hidup kita nanti. Jangan kita mendedahkan kelemahan dan keburukan orang lain....untuk kepentingan diri kita.
Allah berkuasa megubah hati manusia termasuk diri kita.

Wednesday, March 16, 2011

Kematian Milik Kejadian


kematian adalah milik kejadian,
adalah milik kewujudan,
yang tak punya masa terpisah,
dan ruang terluang,
yang saat ke saat,
paling hampir dan berakhir,

kematian adalah kemestian,
adalah milik kejadian,
bila sampai waktunya,
yang tak akan terungkapkan,
bahawa baru tadi aku mati,

tidak usah ditangisi,
aku hidup kini,
mahu sujud kini,
mahu sujud kini,
mahu sujud pada Ilahi,

pun jua kematian adalah hakikat kejadian,
kerana demikianlah,
waktu-waktunya kedengaran,
hari-hari yang begitu berlalu.

Datangnya kematian, hanya Tuhanlah yang tahu. Jika ajal sudah tiba, tidak akan dapat ditunda lagi. Manusia tidak boleh menghindar dari kematian....melengkapkan diri dengan beramal ibadat, sebelum kematian menjengah. Kematian iitu Pasti Datang!!!!

Friday, March 11, 2011

Dahi ke Sejadah


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Tuesday, March 1, 2011

9 Siti Mestilah Dicontohi...



1. Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2. Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
3. Siti A’ishah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4. Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5. Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6. Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7. Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8. Siti Muti’ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9. Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t

Monday, February 28, 2011

Sejauhmanakah kita mengenali Allah?

Kita mengaku Keesaan Allah SWT

"Tidak ada Tuhan selainNya dan Tidak ada yang setanding denganNya".

Kita mengaku Allah itu Maha Pelindung

"Pelindung dari segala bentuk kejahatan dan Pelindung dari gangguan syaitan".


Kenapa?

"Kerana kita percaya Allah yang mencipta segala-galanya dan maka, Allah jualah yang berkuasa atas segala-galanya".

Tapi..

Benarkah kita benar-benar mengesakan Allah?
Benarkah kita benar-benar menjadikan Allah sebagai pelindung kita?

Bila mana kita disajikan dengan nikmat dunia..
Kita terlupa, tanpa sedar kita tidak mengesakan Allah...
Kita mengutamakan kemahuan diri kita, dari mengutamakan Allah....
Kita ketepikan sebentar, kehendak Allah, demi memenuhi kehendak kita...
Kita terlupa, sebentar tadi, kita telah membuat pengakuan, bahawa Allah itu Esa..

Bila mana kita dihadiahkan ujian dariNya...
Kita terlupa, tanpa sedar kita tidak menjadikan Allah sebagai pelindung kita...
Kita cemas, kita takut dan kita hilang arah tujuan...berlari ke sana ke mari, mencari bantuan-bantuan selainNya.
Kita terlupa, untuk memohon perlindunganNya..
Kita terlupa, Allah yang berkuasa atas segalaNya..


Ya Allah aku mohon cintaMu
Dan cinta-cinta orang yang mencintaiMu
Dan cintakan amalan yang mendekatkan diriku padaMu...Amin


Sunday, February 20, 2011

Bila Allah Duga kita.....


Sebagai seorang manusia kita selagi masih bernyawa kita tidak dapat akan lari dari cubaan serta dugaan hidup. Kita selalu berfikir bahawa kesukaran serta kesusahan adalah cubaan, tetapi sebaliknya kesenangan serta keselesaan kita sering anggap sebagai nikmat dan bukan ujian, sebenarnya kesenangan itu juga adalah ujian yang jarang disedari oleh kita.

Dugaan Allah, janganlah kita berburuk sangka kepada-Nya begitu juga nikmat-Nya jangan terlalu bermegah-megahan itu semua adalah perbuatan mengakibatkan dosa tanpa kita sedar. Seorang hamba hendaklah dapat merasakan pemberian Allah sebagai anugerah, maka ia pun harus dapat merasakan percubaan dari Allah itu juga suatu anugerah kasih sayang dari Allah Swt. Hikmahnya seorang hamba dalam keadaan kesusahan, atau sedang tertimpa bencana, ia akan bertambah dekat kepada Allah Swt. Dengan dekatnya si hamba kepada-Nya.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa diuji dengan beberapa kesulitan, dan ia dapat mengatasi kesulitan itu dengan ketabahan dan menerimanya dengan ikhlas, tertulis baginya di sisi Allah dengan derajat yang mulia dan dihapus dosa dosanya.” Oleh itu, jika kita sebagai seorang muslim yang soleh tidak boleh bersangka buruk terhadap ketetapan Allah.

Ia harus melihat pemberian Allah dengan mata rohani, sehingga mampu merasakan kekayaan rohani yang dimiliki kita itu adalah pemberian Allah seperti keselamatan, kesihatan, ketenangan, keyakinan iman dan banyak lagi adalah kekayaan rohani yang sangat mahal harganya. Allah Ta’ala tidak pernah melupakan hamba hamba-Nya, tetapi manusia lah yang lupa akan kepadaNya.

Kita sebagai seorang hamba mestilah sentiasa bersyukur kepada Allah Taala di dalam apa jua sama ada senang atau susah.

Friday, February 18, 2011

Sahabat Bremen 2

Seorang sahabat yang dikenali di Bremen suatu ketika dahulu kini terlantar sakit di Hospital KL kerna kanser usus. Beliau telah menjalani pembedahan ini setahun yang lepas. Kisah ini pernah juga aku paparkan dalam blog ini pada tahun 2009.

Selepas setahun menjalani rawatan beliau dah hampir pulih sepenuhnya.... tapi pada hari ini beliau disahkan oleh doktor pakar bahawa menghidapi kanser usus kembali di peringkat yang kritikal.

Keadaannya sekarang ini hanya terbaring di atas katil dengan susuk tubuh yang amat kurus tanpa banyak kata-kata. Ucapan yang keluar dari mulut..."minta maaf dan penat". Sungguh menyedihkan kalau dulu kita kenal beliau seorang yang periang dan manja.

Beliau tidak boleh makan apa2 lagi hanya dengan bantuan tube masukan air @ susu ke dalam saluran darah.... dah 3 minggu beliau dah tidak makan. Apabila beliau minum dan makan walaupun dalam kuantiti yang sedikit, beliau akan muntah kembali..... Kesian sungguh. Air mata aku mengalir tanpa disedari bila melihat keadaannya... Semoga Allah jadikan beliau dikalangan orang yang sabar menghadapi ujian ini. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui....

Pesanan beliau kepada kami semasa menziarahnya ...."Doakan yang terbaik untuk Fiza".

Marilah kita semua mendoakan agar beliau kembali sembuh dan cepat sihat serta diberi kekuatan oleh Allah SWT dan dirahmatiNya.. dan sekiranya ajal mejemput, dipermudahkan bertemu dengan Allah dan diletakkan golongan yang dikasihi Allah....Amin.

Kita juga semua akan ke sana ....hidup ini sementara.

Wednesday, February 16, 2011

Hampir Qiamat

Wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).

Dikhabar oleh beliau, pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. Selepas membaca lalu beliau tertidur, dalam tidur beliau bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda:

Dalam 60 000 orang yang meninggaldunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN BELIAU:
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.

Sejauhmana kebenaran wasiat ini, Allah dan Rasulullah lebih mengetahui... tapi kalau perkara ini boleh mengubah kita menjadi baik dan sentiasa beringat akan kematian dan hari qiamat perlu lah kita menerimanya.

~WaAllahualam~

Monday, February 14, 2011

Selawat Keatas Rasulullah SAW

Check out this SlideShare Presentation:

Tangisan Kerana Allah SWT



Antara darjat tangisan yang tertinggi dan paling mulia adalah tangisan untuk Allah SWT. Tidak semua manusia dapat memenuhi keinginan mereka untuk bertemu Allah, kecuali manusia yang benar2 beriman dan bertakwa. Mereka yang redha dengan ujian dan ketetapan Allah dan berkorban apa sahaja demi ke jalan Allah.

Pernahkah anda merasa nikmat menangis kerana Allah SWT?

Melalui ujian Allah adalah cara terdekat kita mendekati diri dengan Allah mempercayai bahawa ada hikmahnya. Manusia yang memiliki iman yang teguh sehingga air mata menjadi bukti keimanan nya ketika bertemu dengan Allah SWT di akhirat kelak.

Rasulullah bersabda;

"Sesiapa yang menitis air mata sebesar lalat atau kepala lalat dari kedua-dua matanya kerna takut kepada Allah, lalui air mata itu membasahi wajahnya, maka api neraka tidak akan menyentuhnya buat selama-lamanya".

Allah SWT berfirma;

"Demi kemuliaan, kebesaran dan ketinggianKU di Arasy, seorang hamba di dunia yang mengeluarkan air mata kerana takut kepadaKU akan banyak ketawa di dalam syurga".


Ya Allah,
Engkau memberikan kami kesempatan bertaubat dan mohon ampun sebelum kematian datang,
Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin


AIR MATA ADALAH PINTU GERBANG SYURGA ANDA!

Friday, February 11, 2011

Sayangilah Ibu Kita



Kebesaran Allah Taala mencipta wanita untuk melahirkan anak adalah ruang dan peluang ke syurga Allah. Oleh itu ibu2 haruslah bersabar dalam membesarkan anak2 dengan penuh kasih sayang... & hati2 setiap cakap dan niat ibu adalah doa kepada anak2. So pilih kata2 yang baik semasa bercakap dengan anak2. Setitik air mata ibu yang jatuh, 10 kebajikan anak hilang. Oleh itu, ibu2 jangan jatuh air mata dan bersedih dengan anak. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih tetapi terharu dengan kejayaan anak2.

Anak2 perlu mengingati ibu setiapa masa. Tip menyayangi ibu. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
-Melihat kaabah sehingga menitis air mata;
-Membaca quran sehingga menitis air mata; dan
-Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinang air mata.

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”. Tetapi banyak buat baik kepada ibu kita, lagi mustajab doa kita. Makna nya berbuat baik dengan ibu lebih besar balasannya tanpa memerlukan bayaran .... kebaikan yang dibuat kepada ibu kita akan mendapat balasan yang tinggi disisi Allah Taala.

Barang siapa yang tidak mendoakan ibunya selepas solat sama ada ibu yang sudah meninggal maka dikira dianak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah meninggal, selepas setiap kali solat hendaklah kita doakan untuk nya.


Sekiranya kita sukar untuk bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah..... Insyallah hati kita akan menjadi lembut untuk mengeluarkan sedekah ke jalan Allah.

Kadang2 Allah panjangkanlah usia ibu bapa kita untuk menguji dengan keadaan ibu yang sakit dan nyanyuk..... bertujuan memberi peluang syurga kepada anak2nya. Menjadi tanggungjawab anak2 berebut peluang untuk menjaga ibu disaat mereka dlm keadaan uzur itu; balasannya adalah syurga Allah. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Terlau besar sangat pahalanya.

Tips Menyayangi Anak & Anak Mendengar Kata:
Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik; roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa;roh yang sayang sesama manusia; roh yang menyayangi Rasulullah (s.a.w);dan roh yang taat kepada Allah Taala.

Sebagai ibubapa, doakan lah untuk anak2 kita setiap masa dan dimana jua. Doa ibu adalah senjata kepada anak yang menjadi baik dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Insyallah.

Thursday, February 3, 2011

Effect of Training on Productivity of Workers

There are a number of factors that contribute to the success of any organization, these factors include: capital, equipment, human resources, etc. All these factors are important but the most significant factor is the human factor. Since it is the people that will put the other resources to work, it should be viewed as such by management by giving it due attention in order to achieve its organizational goals and objectives.

The right person is available for the right job at the right time. This involves formulating a forward looking plan to ensure that the necessary human effort to make it possible for the survival and growth of the organization, it becomes imperative to develop the employee.

A process of intellectual and emotional achievement through providing the means by which people can grow on their jobs. It relates to series of activities, which an enterprise would embark upon to improve its managerial capacity. Human capital development is important in any discussion of strategic to make profit and to achieve this organizational goal.

Saturday, January 29, 2011

Skills to Success in Life

These seven skills are:

1. Learning to Learn: to independently acquire and apply the new knowledge and skills required for meeting constantly changing needs;

2. Literacy: to raise proficiency in reading,writing and computation for interpreting, analysing and using more complex information and data;

3.Listening and Oral Communication: to learn from co-workers and customers, understand needs and explore new opportunities;

4. Problem-solving and Creativity: to go beyond conventional approaches, offer novel solutions and make the leap to innovation;

5. Personal Effectiveness:to take personal responsibility for self development and meeting the changing needs of the organisation;

6. Group Effectiveness: to achieve synergy among team members for achieving higher performance;and

7. Organisational Effectiveness and Leadership: to understand values and systems, take the lead and make decisions which support the organisation’s goals.

Change your Life.....

Everyone is looking for how to change their life today....

People usually misunderstand what it takes to take certain important decisions and that’s why their attempts to get to another level when trying to achieve something that you need to first learn how to make commitments.

Solutions to motivate yourself is probably one of the most important parts of making the first steps towards changing your. Self discipline is what most of us lack in the first place. You cannot make yourself to those things that everyone else does without the necessary motivation and hard work.

Motivate yourself and move forward. Do you want to know who are having a hard time changing their lives, but still manage to succeed? Those people who are constantly looking!

YOU CAN...

* Change your job!
* Have a successful career!
* Have financial success!
* Become self-employed!
* Get out of debt!
* Live in a nicer home!
* Drive a nicer car!
* Have a happy marriage!
* Have positive, growing relationships!
* Have a healthy, energetic body!
* Participate in more activities!
* Have a close relationship with God!
* Have perfect peace!
* Have unlimited joy!
* Have the ability to help others!
* and ultimately LOVE YOUR LIFE!

Thursday, January 27, 2011

Sikap mencapai kejayaan

Cara Bekerja
Sikap dan cara bekerja yang sentiasa bekerja melebihi apa yang diperlukan. Walaupun apa kerja yang anda lakukan tetapkan minda “Saya perlu bekerja lebih daripada apa yang diperlukan”.

Proaktif
Seseorang yang ingin berjaya perlu ada dalam diri sikap proaktif bukannya hanya menunggu dan lihat sahaja.


Kegagalan menjadi satu kejayaan
Tahukah anda pengasas lampu elektrik, thomas edison telah melakukan percubaan 1000 kali untuk mendapatkan hasil seperti lampu yang anda nampak sekarang. Edison melihat setiap kegagalan dalam percubaan bukannya menghentikan apa yang beliau lakukan malahan lebih mendorong beliau untuk terus berusaha. Kegagalan adalah tangga menemui kejayaan. Ini bermaksud anda pasti akan merasa kegagalan dahulu sebelum menemui kejayaan.

Selamat mencuba!!!! kita pasti BOLEH dengan keberanian dan ketabahan serta doa.

Friday, January 21, 2011

Achieve Your Goals

Learn how to position yourself. Positioning yourself means knowing your talents and having a plan to achieve your goals.
• Know who you are
• Know what you do well
• Know what you like to do
• Know what you don’t like to do
• Understand where you want to go
• Understand where you don’t want to go
• Figure out how to get where you want to go
• Figure out how to avoid going where you don’t want to go
• Figure out how to change directions when you’re on the
wrong road.

How can you job search effectively if you don’t know where you’re going......

Monday, January 17, 2011

Positive Thinking Key to Success

Positive thinking brings inside peace, success, improved relationships, better health, happiness and satisfaction. Think about happiness, good health and success and you will cause people to like you and need to help you, because they enjoy the feelings that a positive mind.

In order to make positive thinking give way results, you need to develop a positive attitude toward life, expect a successful outcome of whatever you do, but also take any necessary actions to ensure your success.

Effective positive thinking:

Are you willing to change the way you think?
Are you willing to develop a mental power that can positively affect you, your environment and the people around you?

A few actions and tips to develop the power of positive thinking:

(1)Always use only positive words while thinking and while talking. Use words such as, 'I can', 'I am able', 'it is possible', 'it can be done', etc.

(2)Allow into your awareness only feelings of happiness, strength and success.

(3)Try to ignore negative thoughts. Reject to think such thoughts, and substitute them with constructive happy thoughts.

(3)In your conversation use words that remind feelings and mental images of strength, happiness and success.

(4)Read at least one page of inspiring book every day.

(5)Watch movies that make you feel happy.

(6)Minimize the time you listen to the news and read the papers.

(7)Associate yourself with people who think positively.

(8)Always sit and walk with your back straight. This will strengthen your confidence and strength.

(9)Walk, swim or engage in some other physical activity. This helps to develop a more positive attitude.

Follow these tips and suggestions, prove to yourself the reality the power of positive thinking.
When you expect success and say "I can do it!!!!", you fill yourself with confidence and joy.

Ketenangan & Kemaafan


1.Ketenangan - Latih diri untuk bertenang-tenang selalu. Ketenangan dan kedamaian hati adalah sifat positif kerana ia dikaitkan dengan sifat malaikat juga sifat orang-orang soleh.Elak sikap suka menyindir dan sikap melepas geram (atau rasa tidak puas hati) melalui sindiran kerana itu akan menghapuskan rasa kegembiraan.

2.Kemaafan - Maafkan kesalahan orang lain pada anda. Pilihlah untuk menjadi insan pemaaf sebab anda akan jadi lebih gembira, lebih bahagia. Syaratnya, jangan ingat selalu perkara-perkara menyakitkan hati, tapi ingat selalu perkara-perkara yang anda syukuri kemudian lafazkan 'alhamdulillah & syukur kepada Allah’.

Ya Allah...
kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Ya Rabbi...
ku menangis sejadi-jadinya
biar kering mata ini
namun basah ladang hati yang gersang

Ya Rahman...
kulihat semua dosa yang membayangiku
kelam mencengkram jiwa yang lusuh

Ya Rahim...
biarkan aku patah dalam cahayaMu
biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
agar ku kembali dalam pelukan hidayahMu

Amin

Sunday, January 2, 2011