Sunday, December 8, 2013

Kebaikan & Keburukan WhatsApp


 

Apa itu whatsapp ? Whatsapp adalah pesanan ringkas dan panjang kita untuk mengirimkan file, pesan, gambar, video dan foto.  Whatsapp juga merupakan salah satu aplikasi yang laris di dunia khususnya bagi pengguna Smartphone. Ianya mempermudah  untuk saling berhubungan serta meningkatkan laman sosial. Kehadiran media massa, seperti surat kabar, radio, televisyen dan internet, sebagai komunikasi abad modem telah berpengaruh luas. Suatu pesan atau berita dengan mudah dapat diterima oleh masyarakat dalam waktu yang relatif singkat. 
  
Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya, ada hitam dan putihnya. Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya dengan Whatsapp, sebuah laman sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini di semua peringkat usia. Whatsapp adalah sebuah laman web sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah yang betul.  Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, university, kolej ataupun di tempat kerja akan lebih erat. Ada juga individu yang menggunakan whatsapp untuk mencari pengaruh,berkomunikasi dan berkongsi maklumat.

Whatsapp juga sebagai alat perantaraan dalam sesebuah organisasi. Ia mudah untuk mendapatkan target KPI organisasi.  Ini kerana Whatsapp menjadikan komunikasi tanpa henti kerana setiap saat arahan atau makluman boleh dikirimkan tanpa batasan masa dan menjimatkan kos dan sebagainya. Dengan cara ini, dapat membawa lebih keuntungan kepada organisasi. Pengguna whatsapp juga boleh menonjolkan individu dimata ketua organisasi tetapi kalau sekejap timbul sekejap tenggelam atau tidak aktif maka organisasi tidak akan ingat siapa kita.
Di sebalik kebaikan ada keburukan yang diperolehi melalui penggunaan whatsapp, pengguna juga akan mendapat keburukan melaluinya jika tidak digunakan dengan betul. Antara keburukan yang paling ketara ialah pembaziran masa. Bukan itu sahaja, akibar daripada kelalaian pengguna menggunakan whatsapp, kebarangkalian pengguna akan mendapat prestasi yang rendah disebakan tidak memberi maklumbalas dengan segera terhadap arahan oleh organisasi. Bayangkan kehiduapan kita dalam sesebuah organisasi dimana kita telah berada di pejabat tempoh minum 8 jam sehari untuk lima kali seminggu dengan arahan dan tanggungjawab tetapi apabila kita pulang ke rumah kita perlu waktu rehat bersama keluarga tetapi arahan berlaku dalam whatsapp mungkin menyebabkan kita hidup dalam keadaan stress 24 jam. Ini boleh menjejaskan kesihatan dan hubungan keluargaan kita.
Whatsapp yang digunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan disebarkan kepada semua boleh menjatuhkan maruah seseorang. Mereka inilah sebenarnya seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak berani menghadapi situasi sebenar. Sekirannya pihak yang difitnah tidak boleh menerima penyebaran fitnah yang dikenakan ke atas mereka, pasti akan berlaku pergaduhan antara keduanya. Kadang-kadang tidak ketahui apa yang bermain difikiran mereka ini, adakah mereka ingin bergurau atau mereka sebenar gagal mengawal kemarahan mereka lantas meluahkannya dan tidakkah juga mereka berfikir bahawa bukan semua daripada mereka dapat menerima apa yang ditulis oleh mereka?
Berdasarkan huraian yang telah dijelaskan di atas, terdapat banyak kebaikan dan keburukan whatsapp yang kita boleh perolehi. Sebenarnya semua bergantung kepada cara kita menggunakan whatsapp tersebut. Penggunaan whatsapp yang betul menjadikan kesan yang baik dan penggunnaa yang salah menjadikan kesan penggunaan yang tidak baik. 

Kita perlu bijak menilai mana baik dan buruk dalam sesuatu perkara. Oleh itu, gunakanlah akal dalam penggunaan teknologi ini dan bukannya nafsu semata-mata.

Wednesday, October 16, 2013

Lame tak update citer

Hai... Assalamualaikum...

Lama betoii aku tak update blog.. ntah kenapa ek ye?....mungkin sebab malas kot atau buat2 sibuk lagipun apa-apa skang share kat whatsApp jek... cepat lagi mudah... cam2 ada.


Hari nie free sikit...jari2 terasa nak menaip...eemmm nak citer apa ek...mungkin dalam masa terdekat akan aku CUBA paparkan citer untuk dikongsi bersama...harap bersabar ye!!!

Tuesday, July 9, 2013

Harapan Ramadhan



ku mengharapkan ramadhan...
kali ini penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...

selangkah...
demi selangkah...
setahun sudah pun berlalu...
masa yang pantas berlalu...
hingga tak terasa pun...
berada di bulan ramadhan..semula...

ku mengharapkan ramadhan...
kali ini penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...

puasa...
satu amalan...

sebagai mana yang diperintah NYA...

moga dapat kulenturkan...
nafsu yang selalu...
membelenggu diri...
tiada henti henti...

ku mengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...

ku mengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...

tak inginku...
biarkan ramadhan...
berlalu saja...

tuhan pimpinlah...
daku yang lemah...
mengharungi segalanya...
dengan sabar...

ku mengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...

ku mengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...

agar dapat kulalui...
dengan sempurna...

ku memohon pada tuhan...
diberikan kekuatan...
kemerayu pada tuhan...
diterima amalan...

selangkah...
demi selangkah...

dengan rahmatmu oh tuhanku...
kutempuh jua...

Sunday, June 30, 2013

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW



 

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Wednesday, June 26, 2013

Subhanallah tanda kekuasaan Allah SWT


Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu benar (QS. Al- Fushshilat)

Tidak semua peristiwa alam dapat dijelaskan dengan akal...dalam konteks ini disajikan dengan keajaiban alam.  Semoga kejadian ini akan membuat kita berfikir terutama untuk meningkatkan keimana kita kepada Allah SWT...Amin 

Thursday, May 9, 2013

Selamat Hari IBU



12 Mei ini merupakan hari ibu.... kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut Hari Ibu kepada semua ibu. Jasa ibu dalam membesarkan anak ini sungguh tidak ternilai dengan wang ringgit.

Tanpa didikan ibu, anak-anak tidak akan menjadi manusia walaupun rupanya manusia. Kesabaran ibu mendidik anak walaupun dalam keadaan tertekan, berjaya juga membawa mereka ke universiti. Namun jasa ibu itu tidak diminta untuk dibalas oleh anak.

Maksudnya: “dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; kerana ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman : 14)

Allah ingatkan manusia kerana Allah tahu, akan ada manusia yang bersikap suka menengkin ibu apatah lagi sewaktu tua. Oleh sebab itu, buatlah yang terbaik untuk ibu. Ingatlah kalau hari ini kita derhaka kepada ibu, esok anak anda pula akan menjejaki sikap anda. Lalu dia juga akan menderhakai akan anda.
 

Tindakan anak yang soleh:

Di sini saya menyenaraikan tindakan wajar yang patut dilakukan oleh anak terhadap ibu mereka.

1. Mentaati perintah ibu
Sebagai anak anda wajib mentaati perintah ibu berdasarkan ayat di atas. Malah Rasulullah ada bersabda dalam hadis yang masyhor: Syurga di bawah tapak kaki ibu.


2. Berdoa untuk ibu
 Sabda Rasulullah: “Apabila mati anak Adam terputus amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.”

3. Tidak menyakitkan hati ibu
Anak tidak boleh menyakitkan hati ibu walau dalam keadaan apa sekalipun. Ingatlah sabda Rasulullah yang antara lain bermaksud: “Keredaan Allah s.w.t. ada dalam keredaan ibu bapa, dan murka Allah ada dalam kemurkaan ibu bapa.”

4. Tidak menyusahkan ibu
Anak juga tidak wajar menyusahkan ibu dalam apa tindakan. Kadang-kadang anak tidak sedar bahawa tindakannya boleh menyebabkan ibu menjadi susah hati.

Sekiranya ibu kita masih ada ambil kesempatan ini memohon ampun dan membuat kebaikan terhadapnya dan sekiranya ibu telah meninggal banyakan berdoa agar Allah meletak ibu kita dikalangan orang-orang yang dikasihiNYA. Amin

Thursday, April 18, 2013

Sifat 20 ALLAH Taala


 
1. SIFAT WAJIB : WUJUD  maknanya Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.


2. SIFAT WAJIB :QIDAM maknanya Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)
 

3. SIFAT WAJIB : BAQA maknanya  Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)
 

4. SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS maknanya Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.
 

5. SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH maknanya  Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.
 

6. SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT maknanya Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

 7. SIFAT WAJIB : QUDRAT
maknanya Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

8. SIFAT WAJIB : IRADAT
maknanya Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

 9. SIFAT WAJIB : ILMU
maknanya Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

10. SIFAT WAJIB : HAYAT
maknanya Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

11. SIFAT WAJIB : SAMA
maknanya Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

12. SIFAT WAJIB : BASAR
maknanya Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

13. SIFAT WAJIB : KALAM
maknanya Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

 14. SIFAT WAJIB : QOODIRUN
maknanya Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

15. SIFAT WAJIB : MURIIDUN
maknanya Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

16. SIFAT WAJIB : AALIMUN
maknanya Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

17. SIFAT WAJIB : HAYUUN
maknanya Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.


18. SIFAT WAJIB : SAMI'UN
maknanya Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

19. SIFAT WAJIB : BASIIRUN
maknanya Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.



20. SIFAT WAJIB :
MUTAKALLIMUN maknanya Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.


  



 

Wednesday, April 10, 2013

Change Failure to Success


Never be afraid to fail because through failure comes success

Failure is success if we learn from it







Kegagalan Langkah Kejayaan

Kejayaan datang dari kegagalan... betulkah kenyataan ini?
 
Sebut kejayaan, semua orang ingin berjaya. Tiada satu pun yang ingin gagal. 
 
Tahukah apa yang tersirat dari kegagalan tersebut?
Disebalik dari kegagalan itu terkandung seribu hikmah yang membawa kita kepada strategi untuk berjaya. Untuk kita melihat adakah benar Allah mengagalkan kita kerana DIA ingin mengajar kita mengenal dan mengetahui langkah seterusnya mengorak kepada kejayaan.
 
 
Nabi Allah yang mulia juga pernah gagal:
 
 
1. Nabi Adam a.s telah gagal dengan melanggar ketetapan Allah kepadanya supaya jangan dimakan buah khuldi di dalam syurga. Akhirnya beliau dan isterinya menyesal dan bertaubat terus-menerus memohon kepada Allah keampunan dan akhirnya taubat Nabi Adam diterima Allah.
 
 
2. Nabi Yunus a.s pernah gagal dalam menarik kaum Ninawa memerluk Islam dengan berdakwah bertahun-tahun sehingga dia merasakan berputus asa dan kecewa serta meninggal negeri tersebut. Ia akhirnya menaiki kapal dan dimakan oleh seekor ikan paus (Nun). Akhirnya beliau bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah. Lalu ikan paus itu mengeluarkan selepas keampunan Allah Taala.
 
 
3. Nabi Musa as pernah gagal mengawal perasan dan melanggar penjanjian dengan Nabi Khidir. Beliau pada awalnya menyangka beliaulah Allah Taala memberi pengetahuan yang luas. Akhirnya beliau dikhabarkan dengan kehebatan Nabi Khidir maka beliau berdoa untuk menemunya. Mereka bertemu pada awalnya Nabi Khidir enggan membenarkan Nabi Musa mengikutinya dengan penilaiannya Nabi Musa tidak mampu bersabar untuk belajar dengannya. Nabi Khidir bersetuju dengan syarat beliau tidak bertanya apa yang dilakukan oleh Nabi Khidir sehingga diberi tahu. Nabi Musa gagal dengan mengharapkan Nabi Khidir memberi penjelasan dengan segera dengan tidak sabar. Akhirnya Nabi Musa as sedar bahawa ilmu ada pada tidak cukup luas lagi.
 
 
 
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapan dan bijak membetulkannya dan mengambil manfaat dari kegagalan bagi mencapai kejayaan.
 

Doa adalah kekuatan pada orang yang gagal membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberi keberanian pada orang yang ketakutan.



Tuesday, March 19, 2013

Darkness......

 
 
 
" Darkness Cannot Drive Out Darkness
Only Light Can Do That
Hate Cannot Drive Out Hate
Only Love Can Do That "

Monday, March 18, 2013

Penyebar "FITNAH"


Lidah adalah anugerah Allah maka berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata mungkin ada yang tidak disenangi orang lain, tentu sukar untuk kita menariknya balik. Lebih buruk lagi jika orang lain silap mendengarnya.

Allah berfirman yang bermaksud:

Bukankah Kami mengadakan untuk manusia itu dua mata? Lidah dan dua bibir. Dan Kami tunjukkan kepadanya dua jalan (benar dan salah) (Surah al-Balad, ayat 8-10).

Justeru, kita mestilah berhati-hati dalam mengeluarkan percakapan. Jika dikhuatiri mengeluarkan perkataan tidak baik, lebih baik kita berdiam diri. Ini bagi mengelakkan diri daripada menanggung dosa.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik mahupun dia diam (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 191 bermaksud:

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.

Sekiranya berita yang diterima belum diketahui kebenarannya, jangan kita membicara atau menyebarkannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran penting bagi memastikan kita tidak terpedaya dengan berita palsu berunsur fitnah.







Allah berfirman bermaksud:

Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.  (Surah al-Hujurat, ayat 12).