Wednesday, December 29, 2010

Hasad dengki

Perasaan hasad dengki boleh dikatakan dirasai oleh semua orang. Punca dan sebab timbulnya perasaan hasad dengki. Antaranya ialah:

1. Perasaan Permusuhan dan Kebencian.
Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Di sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.

2. Berasa Diri Mulia.
Seseorang itu berasa keberatan kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya.

3. Takbur.
Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat oleh Allah S.W.T.

4. Takjub.
Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.

5. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan.
Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan. Iri hati kepada kejayaan dan usaha orang lain. Orang lain susah payah berusaha untuk mencapai sesuatu tetapi orang di sekeliling hanya pandai mengutuk, memperlekehkan dan mengumpat orang lain di atas kejayaan itu.

6. Ghairah Untuk Menjadi Ketua dan Mencari Populariti.
Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan olehnya itu akan timbul hasad dengki.

7. Busuk Hati.
Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati. Bahkan lebih parah daripada itu, orang yang hasad dengki ini merasa sangat gembira bila saudaranya celaka dan binasa.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.”

Abul Laits berkata: "Tiga macam orang yang tidak akan diterima doanya iaitu:
  • Orang yang makan hasil haram

  • Orang yang suka membicarakan keburukan orang lain

  • Siapa yang di dalam hatinya ada hasad dengki/irihati terhadap kaum muslimin

Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Jauhkan kami dari sifat-sifat hasad dengki,
Permudahkan kami mendapat kebahagiaan dan kejayaan
di dunia dan akhirat.
Amin

Tuesday, December 28, 2010

Ketenangan Hati

Hidup ini memerlukan ketenangan hati.... Ada berbagai cara dan bentuk usaha dalam mencari ketenangan hati. Ada cara mencari ketenangan hati itu dengan pergi melancong, membeli belah, makan angin, bersukan, mereka seni, melukis, mengambil gambar, menulis blog dan sebagainya.

Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia, berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam. Ada juga yang mencari ketenangan jiwa dengan beribadah seperti membaca al-Quran, berzikir, bersembahyang dan mendekati diri dengan Allah SWT.

Tanpa ketenangan hati, manusia akan menghadapi banyak risiko, bahkan ia akan mendatangkan penyakit jiwa seperti runsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan.

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Hati mesti sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat, lalu bersyukur dan apabila diberi ujian kesusahan, lalu bersabar.

Semoga sentiasa bersyukur dan bersangka baik dengan ketentuan Allah SWT dan Allah SWT itu hampir kepada mereka yang sentiasa berserah diri kepada-Nya.


Kupohon pada-Mu walau dalam kesusahan
Kupohon pada-Mu walau dalam kepayahan
Ikhlas itu rahsia Allah
Mudah-mudahan padaku
Rahmat-Mu tercurah
Amin

Friday, June 25, 2010

Song - "Give Thanks to Allah" by Michael Jackson

MJ the "King of Pop"



Pemergian Michael Jackson sudah genap 1 tahun. MJ adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak harta nya disumbangkan kepada badan-badan amal seperti di Afrika, Mangsa AIDS, Mangsa kanak-kanak di dera. Walaubagaimanapun, MJ tidak dapat merasa ketenangan hati. Namun MJ telah membuat satu keputusan yang akan memberi impak besar terhadap dunia dan peminatnya. Setelah melihat abang nya (Jermaine) hidup dalam Islam dengan ketenangan dan kedamaian. Oleh itu MJ telah membuat satu kenyataan:

"Saya telah melihat Islam dalam abang saya, saya juga telah membaca buku berkenaan Islam, Saya dapat merasa ketenangan dan keamanan Islam itu"

Semenjak itu, Amerika menghidupkan kembali cerita-cerita negatif terhadap MJ terutama cerita berkaitan dengan asrama dengan kanak-kanak melalui media. Ini adalah perancangan Amerika bagi mengurangkan peminat dikalangan MJ. Oleh kerana tekanan yang hebat itu, MJ telah memilih untuk melarikan diri dari USA ke England. Di England beliau telah berkawan rapat dengan Yusof Islam dan mendalami Islam. Di sana juga MJ dikenalkan dengan pencipta lagu iaitu Zain Bhika dan telah mereka lagu untuk MJ "Give Thanks To Allah". Kemudian MJ mendalami Islam di Bharain selama 3 tahun.

Akhirnya beliau setuju mengadakan konsert di England tapi bukan di USA sebab MJ mengetahui beliau tidak akan dibenarkan ada konsert tersebut. MJ berhasrat untuk menyanyikan lagu "Give Thanks to Allah" dan memaklumkan beliau sudah memerluk Islam kepada semua seluruh peminatnya melalui konsert itu. MJ telah bersungguh-sungguh menjalani latihan selama 2 bulan. Tapi dunia terkejut apabila beliau telah meninggal sebelum konsert. Kematian MJ adalah satu perancangan oleh pihak tertentu kerana mereka menjangka pengumuman MJ telah memerluk Islam akan menarik lebih ramai peminat untuk mengenali dan mendekati agama Islam.

Keluarga MJ ingin kembumikan MJ secara Islam tetapi ugutan dari CIA supaya tidak melakukan secara terbuka (TV). Sekiranya dimaklumkan kembumian MJ secara Islam maka hak penjaga anak-anak MJ daripada ibunya akan diserah kepada Debbie Roma. Oleh itu kembumian secara olok-olok dilakukan di dalam TV.

Sekiranya MJ telah memerluk Islam...kita hadiah Al-Fatihah kepada beliau sebagai hadiah dan penghargaan kita terhadap MJ. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Amin

Wednesday, June 16, 2010

SIAPA DISEBALIK FACEBOOK?????



Salam kepada peminat blogku.... aku sudah mengucap selamat tinggal pada FB. Padahalnya bulan lepas baru aku bertemu sahabat2 lama ku tahun 1988. Tapi aku memilih untuk mengucap selamat tinggal FB. Pemergian aku dari FB adalah pilihan yang terbaik.... aku merasa FB mendatangkan banyak perkara tidak baik. Penutup ini didokong dengan fakta apabila aku terbaca artikel dalam internet mengatakan pembanguna WEB ini adalah pemuda terkaya pada ranking 352 daripada golongan 400 orang dalam dunia hari ini.... Siapa dia???? ape sebab kita tidak perlu meyokong FB lagi.

Beliau adalah seorang pemuda yang ranking ke 52 tokoh terpengaruh dunia. Beliau adalah keturunan Yahudi . Kekayaan beliau adalah datang dari FB. Beliau dilahir di New York asal dari keturunan Yahudi telah di penyembilah oleh Nazi Jerman. Beliau adalah pelajar Harvard. Beliau banguan FB dikalangan member2 asrama tapi ianya sudah meluas pada hari.... sekiranya berminat ingin mengetahui lebih lanjut boleh search dar internet.

FB banyak keburukannya dan rasa tidak rugi kalau tiada malah hidup lebih tenang tanpa FB. Keputusan aku.... untuk keluar dari FB.... Selamat Tinggal FB!.

Tuesday, June 8, 2010

Merriam Ch 2_5.12.10

Check out this SlideShare Presentation:

Merriam Ch 3_5.24.10

Check out this SlideShare Presentation:

Noss Persijilan

Check out this SlideShare Presentation:

Qualitative Research

Check out this SlideShare Presentation:

Monday, June 7, 2010

DOA RAKYAT PALESTIN







Kekejaman Isreal terhadap Rakyat Palestin makin menjadi-jadi... ianya dijadikan topic perbincangan dunia sebagai simpati dan tiada tindakan lanjut diambil utk membantu rakyat palestin. Dunia hanya menonton keperitan mereka alami...dimanakan Amerika yg mempunyai slogan memerangi "keganasan"... semua lakonan. Rakyat Palestin terus menderita... sebagai saudara Islam berdoa lah agar mereka tabah menghadapi dugaan dan mereka pasti dijanjikan Allah syurga (mati syahid) bukannya pengecut lari dari negara sendiri. Palestin adalah negara suci yang ketiga selepas Mekah & Madinah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka untuk mempertahan bumi Palestin. Amin.

Wednesday, June 2, 2010

Rindu




Dah hampir dua bulan aku tak berjumpa dgn anak2.... tiba-tiba je hari nie terasa rindu pada mereka. Tak sabar nak balik ... nak tunggu julai yang akan tiba. Semoga anak2 semua selamat dan aku dapat berjumpa dengan mereka. Amin.

Monday, May 24, 2010

Home Made 22 .05.2010










Semalam jalan-jalan di City of Bremen.... cantik betul barang-barang home-made. Jalan-jalan satu hari tak terasa penat sebab dapat lihat produk seni orang Bremen yang rajin ini. Tapi nak beli... mahal lah sikit harganya.


Friday, April 30, 2010

Weekend "Lunch"









Makan ramai2 pada weekend lepas kat kedai turki kat Haupt Bauhof main station.... Makan kat situ ok lah dengan harga. Dimana sebelah ayam tu 3.00 euro ... RM 15.00 tpi tu kira murah sebab semua makan kat sini mahal paling murah pun Doner Pizza...itu 2.50 euro RM 12.50. Aku lebih suka masak sendiri...boleh makan lebih sikit. Aku pun tidak minat makan turki ini, tidak makan nasi 1 hari...alamak perut mula .. bunyi semacam.....


Thursday, April 15, 2010

Class Master Writing








Aku berada disana bagi mengikuti pengajian bagi tahun ke3. Peringkat awal aku diatur dengan program presentation oleh pelajar senior (viva) dan rakan kohort bg group ke 2. Semalam 2 hari jadual aku disusun utk hadir class bagi Master Writing. Bagi diri aku ...class itu amat bermakna krn membantu aku dalam penyedian penulisan tesis may be 70% walaupun tidak sepenuh. Kehadiran pelajar dalam class itu peringkat awal seramai 23 orang... tapi akhir class yang tingga hanya 16 orang sahaja. Dimana class itu dihadiri oleh pelbagai student dari negara berbeza seperti Colombia. Mexico, China dan lain. Mereka kat sini agak berbeza dengan kita kat Malaysia... mereka akan still dalam class mereka minat sahaja. Mereka keluar class kerana merasa class Master Writing ini "boring"... apanya tidak boring dah duduk kat sisni hampir 1 1/5..tajuk tesis master belum ada lagi... lepas itu tujuan datang class ini nak mintak lecturer bagi. Yang kesian..lecturer tu rasa amat bersalah apabila student yang 7 orang itu tidak berminat utk mengikut subjeknya... aku pun rasa geram juga...depa ini tidak tahu respect cikgu ke???? Lecturer asyik bertanya ada ke class di tidak mempunyai approach yang betul? tidak relevan... salah seorang student yang setia seperti kami berlima ini memaklumkan bahawa bukan class ini tidak bagus tp student 7 itu yg bermasalah sebab tidak boleh follow...

Peliknye kat German..student x respect lecturer ....klu kat Msia lecturer bukan main garang lg.... Wpun ape jua Islam mengajar kita utk menghormati guru supaya keberkatan belajar itu. Jauh generasi anak2 kita seperti pelajar di negara maju..... ini.

Monday, April 12, 2010

Bremen City











Kat atas nie view di Bremen. Cantik betul.... dah masuk musim spring. Masa pertama kali pergi dulu musim winter... dapatlah tengok snow. Kali ini aku harap2 dapat tengok bunga2 pulak.


Thursday, April 8, 2010

Bumi Bremen

Alhamdulillah aku telah selamat sampai ke bumi Bremen dan hari ini merupakan hari ke2 ku disini. Hari semalam baru sampai ...penatnya sebab kemas barang utk 3 bulan. Semalam keluar pergi beli barang2 beras, minyak masak dikedai Pak Turki.... kami bernasib baik tempat penginapan kami berhampiran dengan penempatan Turki maka mudah lah mendapat bekalan makanan muslim. Tapi belum masak ape2 lg....

Hari ini kami telah disusun dengan 3 program di ITB...
(1) 9.00am - 12.00 pm : Hj Mohamad Present bagi PhD nya... berjaya. Tahniah Bos!!!
(2) 1.00pm - 5.00 pm : 3 members dari kohort 2 / Group 1 akan present tesis masing-masing
(3) 7.00 pm - 10.00 pm : Dinner di taja oleh ITB .. Kedai Makan Turki

Penatnya rasa.... aku belum lagi sentuh tesis...So. Esok hari ke3 , nak jumpa supervisor dulu.. tu klu dia free nak discuss ape nak dibuat seterusnya.

Bertemu di hari berikut nya.

Thursday, February 25, 2010

Maulidur Rasul


Maulidur Rasul bermaksud keputeraan Nabi Muhammad pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

Setiap tahun pada 12 Rabiul Awal, umat
Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Tarikh lahir Rasulullah s.a.w sama dgn aku...alhamdulillah

Wednesday, February 17, 2010

Senja di Tasik Putrajaya


(1)

(2)

(3)

(4)

Ini lah kebesaran ALLAH TAALA.... Nyata & Jelas

Sunday, February 14, 2010

Bunga Serai

Bunga serai

Pernah dengar tentang batu serai? Sesetengah masyarakat Melayu percaya sekiranya serai sudah berbunga, di bawah rumpun serai itu ada buntat atau batu hikmat. Ada pula yang mengatakan, ada harta karun di bawah rumpun serai yang sudah berbunga. Lebih menarik, serai yang sudah berbunga dikatakan ada penunggu yang menjaganya.

Serai berbunga, jika ditanam oleh orang-orang yang tertentu sahaja. Kita juga tidak boleh mencabut serai berbunga sebarangan. Hanya tuannya sahaja yang boleh mencabut serai bernunga itu sebelum dibuat ubat atau diberikan kepada orang lain untuk ditanam.

Ada cara-cara tertentu untuk mendapatkan alamat atau pentunjuk berkenaan perkara ini. Syeikh Muhammad Solihen menjelaskan, cara yang terbaik adalah dengan mengambil tanah lebih kurang segenggam berhampiran pokok serai yang berbunga itu dengan memberi salam kepada ‘penjaga’ pokok serai tersebut, hadiahkan surah Al-Fatihah kepada Rasulullah, Nabi Sulaiman a.s. dan Nabi Ilyas a.s serta ‘ penjaga’ pokok serai itu sendiri. Selawat ke atas Rasulullah sebanyak 3 Kali dan niat untuk minta petunjuk dari penjaga jika terdapat kelebihan dan keistimewaan pada pokok serai itu. Buatlah Solat Hajat dan Solat Istikharah selama 3 malam berturut-turut dan ambil tanah yang diambil tadi untuk diletakkan bawah bantal sebelum tidur. Sebaik-baiknya tanah tadi diletakkan di bawah bantal dan tidur di atas sejadah tempat kita Solat Hajat dan Solat Istikharah tadi.

InsyaAllah dengan kebesaran Allah s.w.t kita kan mendapat petunjuk dan alamat tentang keberadaan barang apakah yang terdapat dibawah rimbunan pokok serai yang berbunga itu. Jika tiada apa-apa alamat maka berkemungkinan tiada apa-apa yang terdapat di bawah rimbunan akar pokok serai tersebut atau belum sampai masanya lagi untuk mendapat barang-barang tersebut.

Syeikh Muhammad Solihen menjelaskan bahawa hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang akan memperolehi Batu Bunga Serai ini secara mendapat petunjuk dan alamat tentang keberadaan batu permata ini tanpa perlu melakukan Solat Hajat dan Solat Istikharah tadi. Biasanya alamat dan petunjuk yang betul akan datang sebanyak tiga kali dan lebih afdhal jika kita melakukan Solat Hajat dan Solat Istikharah mohon petunjuk yang sebenar-benarnya dari Allah s.w.t. Syeikh Muhammad Solihen menerangkan dia ada menyimpan Batu Bunga Serai dan Batu Berlian Serai yang diperolehinya dari pemberian orang alam ghaib untuk dipindah milik kepada sesiapa yang berminat dan terpilih sahaja.

Bunga je jumpa.... batu belum jumpa lg.

Sejauh mana kebenarannya hanya Allah Maha Mengetahui.

Friday, February 12, 2010

Tahun Harimau

Kaum Cina percaya pada setiap tahun ada feng shui ianya bergatung kepada binatang pada masa itu. Tahun 2010 tahun harimau.

ISLAM MELARANG PERCAYA TERHADAP CERITA DONGENG INI!!

12 jenis binatang yang menandakan tahun kelahiran kalendar China termasuk tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi.

Pada suatu hari, Yu Huang (maharaja dari langit) dia memanggil segala binatang berkumpul dan berkata: "Beta akan memilih 12 binatang daripada kamu semua untuk dilantik sebagai perlambangan tahun kelahiran di bumi secara bergilir (secara berganti-ganti). Pertandingan akan diadakan pada tahun yang berikutnya. 12 binatang yang berjaya menyeberang sungai akan dipilih sebagai 12 jenis binatang yang menandakan tahun kelahiran menurut kalendar China mengikut giliran.

Sewaktu pertandingan itu bermula, segala binatang berlarian ke arah sungai dengan berebut-rebut. Semasa menyeberang sungai, lembu adalah yang paling pandai berenang. Tikus yang pintar mendapat satu akal. Dengan tiba-tiba tikus melompat ke atas belakang lembu itu supaya dibawa menyeberang sungai dengan mudah. Tidak lama kemudian, lembu merupakan binatang yang pertama menyeberang sungai. Pada masa itu, tikus terus melompat ke hadapan badan lembu itu dan menduduki tempat pertama. Akhirnya lembu mendapat tempat kedua, maka, binatang-binatang lain pun berturut selesai menyeberang sungai. Maharaja Yu Huangdi mengumumkan bahawa: " Baiklah, 12 binatang yang berjaya menyeberang sungai dengan dahulu itu dilantik sebagai perlambangan tahun kelahiran secara bergilir.

Syarikat Singapura telah membuat sebuah filem kartun tiga dimensi tentang legenda 12 binatang yang menandakan tahun kelahiran menurut kalendar China Tajuk Zodiac: The Race Begins

Tuesday, February 9, 2010

Sahabat


Sahabat tu besar maknanya. Memang susah nak cari tapi memang wujud. yang boleh panggil sahabat mungkin ada sorang @ dua . Macam mana dengan yang lain? Hanya boleh panggil mereka kawan saja tak lebih dari itu....kenali siapa sebenar sahabat anda?

Sunday, February 7, 2010

TAIPING

ADTEC TAIPING

GERAI MAK JAH

Minggu lepas aku ke ADTEC Taiping untuk bengkel KAPPK.... Wow! besarnya kawasan ADTEC tu bukan itu saja di sediakan dengan kemudahan lengkap seperti padang sukan yang luas serta bangunan pejabat dan asrama yang cantik. Penginapan kami di apartment pegawai yang belum lagi ada penghuninya. Rumah pengarah & timbalan pengarah pun agak besar kalau dibandingkan dengan rumah pengarah ADTEC lain..... Pada petangnya kami diperkenakan dengan Mee Udang Mak Jah untuk ke sana dari ADTEC lebih kurang 35km.