Thursday, May 3, 2012
PENYAKIT MURUNG
PERWATAKANNYA sentiasa ceria, murah senyuman dan ramah. Tiada siapa menyangka orang sepertinya yang sentiasa kelihatan bersemangat dan ceria boleh mengalami kemurungan.
Masih ramai beranggapan kemurungan berpunca daripada kelemahan jiwa. Malah, ada pengamal kesihatan menganggap kemurungan bukan isu besar kerana bagi mereka semua orang pernah mengalami perasaan sedih dan tanggapan ini menyebabkan masalah kemurungan semakin serius.
Stigma masyarakat yang mudah melabel pesakit ini sebagai orang gila, sewel atau sakit jiwa selain pengaruh budaya yang menganggap simptom kemurungan sebagai perbuatan sihir, buatan orang atau roh jahat menjadi antara faktor utama ramai enggan atau menangguhkan rawatan
Kesedihan kemurungan tidak sama dengan kesedihan biasa yang dialami kebanyakan orang. Kesedihan biasa akan hilang dalam masa dua atau tiga hari tetapi kesedihan kemurungan boleh berlarutan ia menyebabkan individu murung berasa dirinya tidak berguna serta hilang keinginan untuk meneruskan hidup.
“Jika anda mula mengalami gejala seperti ini atau menyedari ada ahli keluarga menunjukkan tanda kemurungan, segera dapatkan rawatan.
Antara faktor yang boleh menyumbang kepada kemurungan ialah faktor psikologi (tekanan daripada sesuatu peristiwa atau persekitaran) dan faktor genetik (rasa rendah diri).
Kaedah terbaik menangani kemurungan ialah mendapatkan rawatan secara menyeluruh melalui pengambilan ubat, kaunseling dan paling penting berkomunikasi sama ada dengan doktor, ahli keluarga atau rakan. Terapi gabungan ini dapat membantu lebih 85 peratus pesakit kembali menjalani kehidupan normal.
“Ramai anggap ubat anti kemurungan menyebabkan ketagihan. Bagi kemurungan peringkat awal, ubat perlu diambil selama tiga hingga enam bulan; enam bulan hingga dua tahun (kemurungan peringkat sederhana) dan lebih dua tahun jika pesakit mengalami kemurungan serius. Salah faham mengenai ubat juga mengakibatkan kebanyakan pesakit berhenti mengambil ubat tanpa berbincang dengan doktor.
“Kajian membuktikan pengambilan ubat mampu mengikut jadual dapat memberi manfaat kepada pesakit. Pesakit yang berhenti mengambil ubat sebelum tamat tempoh rawatan berisiko mengalami kemurungan berulang.
Menurutnya, kaedah terbaik merawat kemurungan ialah mendapat rawatan seawal mungkin dan menggalakkan komunikasi antara pesakit dengan orang tersayang dan ahli keluarga kerana ia boleh mengurangkan tekanan.
Simptom Murung:
Kurang tumpuan dan fokus;
Kurang yakin pada diri dan hilang semangat;
Sering rasa bersalah dan berasakan diri tidak berguna;
Berasa masa depan tidak menentu;
Cenderung untuk mencederakan diri;
Tidur yang terganggu;
Hilang selera makan;
Emosi negatif dan rasa sedih berpanjangan;
Perasaan tidak menentu, sensitif, resah dan keliru;
Hilang minat dan rasa seronok;
Letih;
Rasa kesunyian;
Perasaan negatif: hilang harapan, berasa tidak berguna, bersalah dan ingin bunuh diri;
Alami gejala fizikal: sakit belakang dan kepala, pening, masalah perut, dada berdebar, seluruh badan terasa sakit
Subscribe to:
Posts (Atom)