Monday, January 21, 2013

Rezeki Allah.....

Bila kita masih belum menerima rezeki pemberian dari Allah swt kita bersabar, manakala bila kita dah menerima pemberian dariNya kita bersyukur. Tapi masih ada dikalangan kita yang masih gundah gulana memikirkan tentang masalah rezeki ya? La tahzan... Ingatlah.

Sesungguhnya rezeki itu milik Allah, Dia memberi kepada sesiapa yang Dia mahu dan Dia juga berhak mengambilnya semula bila-bila masa yang Dia kehendaki. Oleh itu, bersabar dan bersyukurlah dengan apa yang kita miliki pada hari ini. Biarpun sedikit. Dan. Moga di dalam yang sedikit itu, ada keberkatan. Apatah lagi dalam yang banyak. Jika kita merasa susah, ingatlah bahawasanya lebih ramai manusia yang jauh lebih susah daripada kita. Jika kita keliru dan ternanti-nanti peluang kerja yang lebih baik, ingatlah bahawasanya berapa ramai diluar sana yang menganggur, malahan terpaksa mengemis dan membuat kemungkaran seperti merompak dan mencuri demi mendapatkan sesuap nasi. Syukurlah.. Setidaknya tulang empat kerat kita masih dapat berfungsi dan masih lagi mampu berbakti kepada kita. Alhamdulillah. Kita masih mampu mencari rezeki yang halal. Jangan dikesali kenapa rezeki kita tidak setinggi orang lain.. Seeloknya bermuhasabahlah. Ketahuilah, setiap apa yang Allah tentukan, pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. Positif dan optimis sentiasa, moga kita dirahmati Allah. (InsyaAllah)

 Bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah pada kita, tak kiralah apa yang kita dapat tu skalanya besar atau kecil. Apa yang penting ialah kita bersyukur, berterima kasih dan memuji Allah swt dengan ucapan (Alhamdulilah) Rasullulah bercerita mengenai masalah rezeki pada para sahabatnya:
“Ini kisah yang disampaikan oleh malaikat Jibril, boleh aku bercerita?” Baginda bertanya pada para sahabat. Para sahabat pun terus mengiyakan dengan penuh teruja. Lalu, Nabi pun mula bercerita suatu kisah mengenai Nabi Sulaiman as yang sedang solat ditepi pantai. Nabi Sulaiman melihat seekor semut berjalan diatas air sambil membawa daun hijau dan pada masa yang sama ia memanggil katak. Setelah itu, muncullah katak dan menggendong semut menuju ke dasar laut. Apa sebenarnya yang terjadi di dasar laut? Semut menceritakan bahawa di dasar laut itu tinggal seekor ulat yang soal rezekinya dipasrahkan pada semut itu “Sehari dua kali aku dihantar malaikat ke dasar laut untuk memberi makanan kepada ulat,” kata semut. “Siapa malaikat itu?” Tanya Nabi Sulaiman as. Semut pun menjawab bahawa malaikat itu adalah si katak yang merupakan jelmaan bagi sang malaikat. Setiap kali menerima daun hijau dan memakannya, si ulat mengucapkan syukur kepada Allah. “Maha Besar Allah yang menakdirkan aku hidup di dalam laut,” kata ulat tersebut. Diakhir ceritanya, rasullulah lalu berkata, “Jika ulat yang tinggal di dasar laut pun Allah masih tetap memberinya makan, adakah Allah sanggup mengabaikan umat Muhammad dalam soal rezeki dan rahmatNya?”
Tugas kita bukanlah untuk mempersoalkan kebenaran kisah tersebut. Ambil pengajaran darinya dan yang penting kita faham dengan sebenar-benar faham bahawa setiap yang dinamakan rezeki itu datangnya dari Allah swt dan kita tidak pernah walaupun sedetik dibiarkan tanpa dikurniakan rezeki Allah.

Sunday, January 20, 2013

Erti ...Ujian, Dugaan dan Kesabaran

Di dalam kehidupan harian kita...kita sering diuji dan diduga dengan pelbagai masalah dan cabaran yang perlu kita tempuhi. Bagaimana penerimaan kita terhadap ujian dan dugaan. Adakah kita sedih? kecewa? tabah? sabar?.... Semua pilihan ada dihati kita.... Semasa kita diuji kita merasa dunia dan dan waktu adalah sempit dan hilang tuju arah untuk kita mencari penyelesaian. Kita mula merasa resah dan takut serta hilang arah yang mungkin kita tempuhi sekiranya tidak dibekalkan dengan iman dan taqwa kepada Allah. Maka kesabaran dan ketabahan dalam diri seharusnya menjadi pegangan dan percaya serta yakin pada iman sebagai seorang muslim. Kita diuji dan diduga untuk mengukur sejauhmana keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Adakah kita sabar dalam menempuhi ujian dan dugaan itu????
Sesungguhnya Allah SWT Taala bersama dengan hambaNYA yang sabar
Inalillah wa Inna ilaihi rajii'un - dari Allah kita datang dan kepadnya kita kembali
Kita sering mengharapkan hari siang tetapi sebelum siang mesti menempuhi malam yang gelap-gelita
Kita sering mengharapkan cerah tetapi hujan diturunkan oleh Allah
Semua ujian dan dugaan bukannya hukuman Allah tetapi adalah petanda kasih sayang Allah terhadap hambaNYA agar lebih tabah dan sabar akan hikmah disebaliknya...
Wa Allah hu Alam.
Percayalah sinaran harapan tetap ada dalam setiap ujian dan dugaan bagi mendekati diri kepada Allah SWT kerna kita hamba yang selalu alpha dan lalai....ini peluang untuk meningkatkan martabat diri dengan sikap sabar dan redha serta bertaqwa disisiNYA.

Thursday, January 10, 2013

MAWAR BERDURI

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah memiliki sekeping yang suci, tulus dan ikhlas dimana jua..."

Nilai Sujud

Nilai sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Hikmah Sujud dalam solat: 1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya. 2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh. 3. Melegakan sakit hernia. 4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan. 6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 7. Meringankan bahagian pelvis. 8. Memberi dorongan supaya mudah tidur. 9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 10. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan. 11.Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions). 12.Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 13.Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya. 14. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Dipetik dari harian-metro-online.com Selagi Allah memberi peluang untuk kita sujud dan mendamping diri kepada NYA...rebutlah peluang dengan sepenuhnya

Thursday, January 3, 2013

HATI YANG SAKIT

1. Pemarah – paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. 2. Pendendam – sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. 3. Hasad dengki - perasaan hasad dengki sukar dihapuskan dalam jiwa kerana ia lahir di hati kecil tanpa pengetahuan orang lain 4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah. Pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk. 5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia. ** Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. 7. Ego - pokok yang membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. 8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. 9. Cinta dunia - cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.