Friday, June 26, 2009

Kehilangan "Raja Pop"


Saya telah mendengar khabar pemergiaan Micheal Jackson (MJ) melalui radio pada awal pagi ini iaitu jam 7.00, akibat serangan jantung amat mengejutkan. Ini satu kehilangan besar dalam dunia hiburan antarabangsa. MJ, anak kecil yang bertukar menjadi Raja Pop dunia, mencipta tarian musikal yang digilai anak muda, meninggal dunia hari ini ketika berusia 50 tahun.

Ratusan orang ramai berkumpul di luar hospital setelah mengetahui penyebaran berita kematiannya dan menjadi kecoh orang ramai apabila berita kematian MJ dipancarkan di skrin, dan orang ramai mula menyampaikan berita kematian penyanyi kesukaan mereka itu kepada rakan-rakan melalui telefon bimbit.

Pada November tahun lalu, sumber dari akhbar melaporkan, MJ memeluk Islam di rumah seorang rakannya Steve Porcaro di Los Angeles.Turut hadir pada majlis itu penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal.Beliau dilaporkan memilih "Mikaeel" - sempena nama malaikat pembawa rezeki - sebagai nama Islamnya. Sekiranya benar beliau telah memeluk Islam, sama-sama lah kita mendoakan rohnya dicucuri rahmat Allah.