Tuesday, June 30, 2009

Lepuk @ Lempuk

Al- kisah musim durian ini, saya sebagai pengemar buah ini tidak lepas peluang untuk pergi mencari buah raja ini. Pada cuti hujung minggu yang lepas saya ke dusun durian di Borga, Negeri Sembilan. Tujuan ke sana untuk mendapat durian yang fresh dari pokok. Bila dah tengok durian itu banyak sangat, saya pun pilih punya pilih sehingga sepuluh biji. Balik rumah rasa tak larat nak makan buah durian ini…. sampai mabuk durian. Oleh itu baki belum makan ada 4 biji lagi dan buah itu pun isi dah tak bagus lagi… saya ambil keputusan untuk menyediakan lepuk durian Kelantan.

Cara penyediaan lepuk ini serupa dengan penyediaan dodol. Iaitu satukan isi durian dan gula dalam kuali. Jerang atas dapur dengan api sederhana hingga mendidih dan gulanya hancur. Kacau tanpa henti hingga bertukar warna perang dan tidak melekat di kuali tetapi gambar dibawah ini separuh masak sebab penat dah 1 jam mengacaunya di atas dapur masih juga nak melekat dekat kuali. Disyorkan simpan dalam bekas bertutup dan disejukkan dahulu baru ditutup dalam peti sejuk. Ini kali pertama menyediakan lepuk… tapi bagi mereka yang mengidap penyakit diabetes adalah tidak digalakkan untuk makan lepuk ini dalam kuantiti yang banyak.