Saturday, August 22, 2009

Rakaat Tarawih

Bila tiba Ramadan, solat tarawih merupakan satu agenda utama dalam melaksanakan ibadah kepada Allah. Kadang-kadang kita dengar pergaduhan saudara-saudara dimasjid berkaitan dengan rakaat yang hendak dijalankan. Ada menegaskan ingin melaksanakan dengan 20 rakaat dan sebaliknya menyatakan bahawa mengikut sunnah Rasulullah 8 rakaat dan 3 witir. Dalam isu solat tarawih ini. Rasulullah s.a.w tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan sehingga subuh pada bulan Ramadan. Pernah suatu masa di Madinah mereka melaksanakan solat tarawih dengan bilangan 36 rakaat dan tiga rakaat witir. Sunnah Rasulullah s.a.w yang dianjurkan adalah 11 rakaat termasuk witir. Yang paling utama ialah perbezaan ini adalah kerana mengambil kira perbezaan keadaan orang yang solat dengan keupayaan masing-masing dengan ikhlas untuk melakukan ibadah tarawih. Ramadan bukanlah bulan untuk berdebat siapa salah siapa betul. Tetapi Ramadan adalah bulan keberkatan yang perlu dicari untuk mendapat keredhaan ALLAH.