Tuesday, October 27, 2009

Haji Mabrur





Jemaah yang berjaya dapat tempat disisi Allah untuk melaksanakan ibadah haji pada tahun ini, diucapkan tanniah & syabas telah terpilih disisi Allah. Melakukan ibadah haji di Baitullah (Mekah) merupakan rukun Islam yang kelima iaitu wajib kepada yang berkemampuan. Alhamdulillah saudara/saudari yang telah terpilih untuk menemui Baitullah pada musim haji yang mulia dan di Mekah. Hari ini kita mendapat khabar warga emas iaitu suami isteri berumur lebih daripada 60 tahun telah berjaya untuk mengerjakan haji dengan wang simpan hasil daripada menoreh getah pada tahun ini. Itu merupakan nikmat Allah kepadanya dan telah terpilih. Sepintas lalu teringat saya akan kota Mekah yang dipenuh oleh umat Islam daripada seluruh dunia. Hebat kuasa Allah. Semua umat Islam berkumpul di sana tanpa mengira warna kulit, rupa, darjat dan keturunan bagi satu tujuan, satu matlamat untuk mendapat keampunan dan rahmat Allah. Dikatakan dalam Masjidi Haram hanya dapat dimuat dengan kapasiti 800,000 orang dalam satu masa... tetapi realitinya lebih daripada bilangan tersebut iaitu apabila solat berjemaah bilangan jemaah mencecah hampir 2.5 juta orang.

Seseorang yang akan mengerjakan haji...akan mengharapkan "Haji Mabrur". Dalam ibadah haji, yang menjadi ukuran mabrur atau tidak adalah bergantung kepada amal ibadat haji yang telah dilakukan itu melahirkan kesedaran rohani dan jasmani untuk melakukan perkara kebaikan dan kebajikan kerana Allah Taala. Dengan kata lain, seberapa jauh ibadah haji mendorong berlakunya perubahan pada diri kita, sehinggalah dapat mengubah daripada sikap negatif kepada sikap positif dan dari sikap tertutup kepada sikap keterbukaan dan sikap penyabar yang tinggi. Haji mabrur ditandai dengan amalan yang dilaksanakan di Tanah Suci, sehingga wujud dalam bentuk sikap dan tingkah laku yang akan kekal sehingga balik daripada mengerjakan haji dan buat selama-lamanya. Ianya berlaku dengan kehendak Allah terhadap hambaNYA yang terpilih. Semoga kita juga suatu masa akan terpilih untuk mendapat Haji Mabrur. Sama-sama kita berdoa untuk terpilih dalam masa terdekat oleh Allah Taala bagi mengerjakan Haji .
"Labbaik Allahumma labbaik, labbaik laa syarika labbaik, innalhamda wanni'mata laka walmulk laa syarikalah".
"SELAMAT MENUNAIKAN HAJI KEPADA JEMAAH HAJI MALAYSIA YANG TELAH BERANGKAT DAN AKAN BERANGKAT"

Monday, October 19, 2009

Majlis Hari Raya JPK

Syawal dah hampir penghujungnya.... banyak pulak majlis-majlis hari raya diadakan. Masing-masing sibuk memilih tarikh-tarikh majlis tu. Dah menjadi kelaziman masyarakat kat KL nie...puasa sebulan, raya pun sebulan (puasa sebulan pun tak penuh). JPK telah memilih 19 Oktober 2009 untuk mengadakan majlis hari raya. Majlis ini diadakan pada kali ini adalah gabungan JPK & Puspanita. Kaum -kaum ibu turut menyediakan pelbagai aneka jenis makanan dari yang berat2 kepada yang ringan2 sebagai sumbangan seperti Ketupat, Rendang Daging, Rendang Ayam, Lotong, Mee Soto, Sambal Sotong, Satay, Nasi Impit dan macam-macam. Alhamdulillah majlis telah berjalan seperti yang telah dirancang dengan jayanya.

Pn. Norhuda (Nurul), Pn. Azura (Zura) & Pn. Ruminah (Kak Umi) ... Sedapnya kak umi makan ... x angkat muka, buat tak layan je.
Yang tudung pink tu Datin...isteri Dato KP selaku pengerusi Puspanita. Bermesra dengan pegawai2 JPK & ahli puspanita yang hadir. Nampaknya Datin berpuas hati dengan majlis raya nie.

Nie yang paling diminati ramai...Satay. Naperlah budaya kita kalau ada majlis raya mesti ada satay sebagai penyeri majlis. Kaya orang yang jual satay..raya 1 bulan tempahan sampai tak cukup tangan nak disediakan.
Cik Junita dah dapat satay,huhuhu.... terus ke pantry untuk dikerjakannya satay tu. Bersama-sama nya Cik Zaidah & Pn. Alina.

Saturday, October 17, 2009

Blog Nenek...

Amat terkejut seorang nenek berusia lebih daripada 97 tahun mempunyai blog sendiri. Nama nenek ini Amelia Lopez. Beliau telah banyak mencatatkan hasil kisah dan pengalaman beliau dalam blognya... pada awal beliau seorang yang buta IT, tapi sebab minatnya mendalam berkongsi pengalaman dan kisah hidup beliau dengan manusia diseluruh dunia. Didalam blog beliau juga mencerita tentang kecantikan wajah beliau semasa berusia remaja sehingga tidak sedar akan jauh perubahan telah terjadi dengan rambutnya telah bertukar menjadi putih dan terpaksa bertongkat. Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mengenali Lopez dengan lebih dekat bolehlah melayari http://amis95.blogspot.com/.
Tapi dinegara kita berbeza... apabila diperingkat umur 40'an mempunyai blog tersendiri ternyata kita dianggap tidak sesuai menjadi ikutan remaja kerana blog itu hanya untuk remaja yang berumur 18'an. Sebenarnya blog ini adalah bertujuan untuk kita sama-sama berkongsi idea atau pandangan tanpa ada batasan umur dan cara tersendiri bagi kita menyediakan blog yang menarik ramai peminat melayarinya.
Penyediaan blog ini juga memerlukkan tahap kesabaran dan ketekunan yang tinggi disamping itu memerlukan kita berfikiran luas, terbuka dan sensitif dengan isu semasa. Blog juga memerlukan seseorang itu berfikiran kreatif dan menarik terutama dalam menyampaikan cerita, maklumat, iklan apa jua yang difikirkan dapat dikongsi bersama. Dalam dunia perniagaan hari ini dikatakan blog ini salah satu punca mendapat pandapatan lumayan dan memperolehi pelanggan yang ramai dari seluruh dunia. Pada awalnya saya juga menganggapkan membangunkan blog ini amat sukar seperti nenek lopez hadapi tetapi setelah saya cuba, saya merasa ketenangan apabila dapat menyampaikan mesej untuk dikongsikan bersama seluruh manusia di alam IT. Insyallah satu masa nanti saya juga akan mewujudkan blog bagi tujuan perniagaan seperti sahabat-sahabat kita yang telah berjaya dalam arena perniagaan melalui blog.