Tuesday, October 27, 2009

Haji Mabrur





Jemaah yang berjaya dapat tempat disisi Allah untuk melaksanakan ibadah haji pada tahun ini, diucapkan tanniah & syabas telah terpilih disisi Allah. Melakukan ibadah haji di Baitullah (Mekah) merupakan rukun Islam yang kelima iaitu wajib kepada yang berkemampuan. Alhamdulillah saudara/saudari yang telah terpilih untuk menemui Baitullah pada musim haji yang mulia dan di Mekah. Hari ini kita mendapat khabar warga emas iaitu suami isteri berumur lebih daripada 60 tahun telah berjaya untuk mengerjakan haji dengan wang simpan hasil daripada menoreh getah pada tahun ini. Itu merupakan nikmat Allah kepadanya dan telah terpilih. Sepintas lalu teringat saya akan kota Mekah yang dipenuh oleh umat Islam daripada seluruh dunia. Hebat kuasa Allah. Semua umat Islam berkumpul di sana tanpa mengira warna kulit, rupa, darjat dan keturunan bagi satu tujuan, satu matlamat untuk mendapat keampunan dan rahmat Allah. Dikatakan dalam Masjidi Haram hanya dapat dimuat dengan kapasiti 800,000 orang dalam satu masa... tetapi realitinya lebih daripada bilangan tersebut iaitu apabila solat berjemaah bilangan jemaah mencecah hampir 2.5 juta orang.

Seseorang yang akan mengerjakan haji...akan mengharapkan "Haji Mabrur". Dalam ibadah haji, yang menjadi ukuran mabrur atau tidak adalah bergantung kepada amal ibadat haji yang telah dilakukan itu melahirkan kesedaran rohani dan jasmani untuk melakukan perkara kebaikan dan kebajikan kerana Allah Taala. Dengan kata lain, seberapa jauh ibadah haji mendorong berlakunya perubahan pada diri kita, sehinggalah dapat mengubah daripada sikap negatif kepada sikap positif dan dari sikap tertutup kepada sikap keterbukaan dan sikap penyabar yang tinggi. Haji mabrur ditandai dengan amalan yang dilaksanakan di Tanah Suci, sehingga wujud dalam bentuk sikap dan tingkah laku yang akan kekal sehingga balik daripada mengerjakan haji dan buat selama-lamanya. Ianya berlaku dengan kehendak Allah terhadap hambaNYA yang terpilih. Semoga kita juga suatu masa akan terpilih untuk mendapat Haji Mabrur. Sama-sama kita berdoa untuk terpilih dalam masa terdekat oleh Allah Taala bagi mengerjakan Haji .
"Labbaik Allahumma labbaik, labbaik laa syarika labbaik, innalhamda wanni'mata laka walmulk laa syarikalah".
"SELAMAT MENUNAIKAN HAJI KEPADA JEMAAH HAJI MALAYSIA YANG TELAH BERANGKAT DAN AKAN BERANGKAT"