Tuesday, November 6, 2012

Doa Orang Teraniaya...

Rasulullah S.A.W bersabda; ” Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkut di atas awan Allah berfirman: Demi keperkasaan dan keagungan-Ku, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah beberapa waktu (waktu yang cukup lama).” Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dan Al-Dhiya dari Khuzaimah bin Tsabit dengan sanad sahih Hadits di atas juga memberi isyarat, siapapun kita, agar selalu berbuat adil dalam segala hal dan tidak melakukan perlakuan zalim, kalau seseorang berlaku zalim kepada orang lain maka nantikanlah akibat buruk dari perbuatannya itu, cepat atau lambat dia akan ‘menikmati’ doa orang yang teraniaya tersebut. Jadi, buatlah benteng pertahanan pada diri kita dengan tidak berbuat zalim terhadap orang lain dan berusaha untuk berlaku adil, kerana memang doa orang yang terzalimi sangat ‘makbul’ terhadap orang yang menzaliminya, sehingga Rasulullah S.A.W pun memberikan satu pesanan kepada kita bahwa orang yang terzalimi doanya akan terkabul walaupun sebelumnya ada penyebab doanya tidak terkabul seperti makanan orang tersebut didapat dari jalan yang haram alias tidak halal. Memang ada satu hadits Rasulullah SAW yang mengisyaratkan bahawa doa orang yang pakaian dan makanannya tidak halal, doanya tidak akan terkabul. Namun, misalnya orang seperti dia dizalami oleh seseorang, maka apabila dia berdoa, maka doanya yang dialamatkan kepada pelaku kezaliman tersebut akan terkabul. DOA ialah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon akan didengar Allah. Hati-hati dalam menjalani kehidupan kita jangan sampai ada mereka yang kita teranyai sama ada secara sedar atau sebaliknya. Oleh itu, paling mudah hidup ini berbicaralah perkara yang baik atau berdiam diri dalam ertikata bercakap perkara yang perlu sahaja lebih memudahkan untuk kita menjalani kehidupan kita ini.

Thursday, May 3, 2012

PENYAKIT MURUNG

PERWATAKANNYA sentiasa ceria, murah senyuman dan ramah. Tiada siapa menyangka orang sepertinya yang sentiasa kelihatan bersemangat dan ceria boleh mengalami kemurungan.
Masih ramai beranggapan kemurungan berpunca daripada kelemahan jiwa. Malah, ada pengamal kesihatan menganggap kemurungan bukan isu besar kerana bagi mereka semua orang pernah mengalami perasaan sedih dan tanggapan ini menyebabkan masalah kemurungan semakin serius. Stigma masyarakat yang mudah melabel pesakit ini sebagai orang gila, sewel atau sakit jiwa selain pengaruh budaya yang menganggap simptom kemurungan sebagai perbuatan sihir, buatan orang atau roh jahat menjadi antara faktor utama ramai enggan atau menangguhkan rawatan Kesedihan kemurungan tidak sama dengan kesedihan biasa yang dialami kebanyakan orang. Kesedihan biasa akan hilang dalam masa dua atau tiga hari tetapi kesedihan kemurungan boleh berlarutan ia menyebabkan individu murung berasa dirinya tidak berguna serta hilang keinginan untuk meneruskan hidup. “Jika anda mula mengalami gejala seperti ini atau menyedari ada ahli keluarga menunjukkan tanda kemurungan, segera dapatkan rawatan. Antara faktor yang boleh menyumbang kepada kemurungan ialah faktor psikologi (tekanan daripada sesuatu peristiwa atau persekitaran) dan faktor genetik (rasa rendah diri). Kaedah terbaik menangani kemurungan ialah mendapatkan rawatan secara menyeluruh melalui pengambilan ubat, kaunseling dan paling penting berkomunikasi sama ada dengan doktor, ahli keluarga atau rakan. Terapi gabungan ini dapat membantu lebih 85 peratus pesakit kembali menjalani kehidupan normal. “Ramai anggap ubat anti kemurungan menyebabkan ketagihan. Bagi kemurungan peringkat awal, ubat perlu diambil selama tiga hingga enam bulan; enam bulan hingga dua tahun (kemurungan peringkat sederhana) dan lebih dua tahun jika pesakit mengalami kemurungan serius. Salah faham mengenai ubat juga mengakibatkan kebanyakan pesakit berhenti mengambil ubat tanpa berbincang dengan doktor. “Kajian membuktikan pengambilan ubat mampu mengikut jadual dapat memberi manfaat kepada pesakit. Pesakit yang berhenti mengambil ubat sebelum tamat tempoh rawatan berisiko mengalami kemurungan berulang. Menurutnya, kaedah terbaik merawat kemurungan ialah mendapat rawatan seawal mungkin dan menggalakkan komunikasi antara pesakit dengan orang tersayang dan ahli keluarga kerana ia boleh mengurangkan tekanan. Simptom Murung: Kurang tumpuan dan fokus; Kurang yakin pada diri dan hilang semangat; Sering rasa bersalah dan berasakan diri tidak berguna; Berasa masa depan tidak menentu; Cenderung untuk mencederakan diri; Tidur yang terganggu; Hilang selera makan; Emosi negatif dan rasa sedih berpanjangan; Perasaan tidak menentu, sensitif, resah dan keliru; Hilang minat dan rasa seronok; Letih; Rasa kesunyian; Perasaan negatif: hilang harapan, berasa tidak berguna, bersalah dan ingin bunuh diri; Alami gejala fizikal: sakit belakang dan kepala, pening, masalah perut, dada berdebar, seluruh badan terasa sakit

Wednesday, March 7, 2012

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah Kita bermuhasabah atau menilai Dan menghitung kembali tentang amalan harian Kita. Kadang-kadang Kita akan dapati amalan Kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan Dan dituntut oleh Islam. Mungkin Kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu Kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh Dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan Dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan Dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah Wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak Ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan IA nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau IA menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga is matilah Kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk IA menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara Kita berpakaian cantik kemas Dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saaj bahkan Ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang Dan di beri jamuan, Kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan Dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan Dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira Dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas.. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam Carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan Kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan> di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan Kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah Dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir,maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau Kita Mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau
Solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan Kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak
Tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak Lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas,tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan Dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Thursday, February 16, 2012

Kenapa Suami Marah Isteri... 25 sebab

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. “hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla ”

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak ”

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu..”

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak “bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya….dah mengkal merah dah”

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok ” ie. eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan…”

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list….boleh singgah tak mana mana ..pleaze ”

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. “saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah …kan lain tu”

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? ”

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Fahrin Ahmad…”

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber….ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan ”

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang ..”

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. ” sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul ..”

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. “..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “…nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih..”

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih..”

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. ” i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah …bill bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you”

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. ” eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…GRO universiti mana pulak awak nak nih…”

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!”

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak pai daging dan spaghetti kambing ..”

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie.”..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak..”

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then nak kacau dodol…..”

Monday, January 30, 2012

Talian Hayat



Siapa kah talian hayat kita???????

Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu (Al Ikhlas)

Do’a yang diucapkan Amirul Mukminin, Umar bin Khattab ra. Meminta perlindungan Allah swt dari segala sisi. Memohon semua kebaikan dan menolak semua kejahatan.

Jika kita gagal janganlah berputus asa kerana ada Allah tempat meminta pertolongan....

Allahlah yg membuat kita mampu tersenyum walau dalam keadaan menangis;
Tempat bertahan ketika kita hendak menyerah;
Tempat berdoa ketika hilang tempat mengadu & ketika semua orang menjauh;
Tempat untuk kembali bangkit sekalipun hati kita telah hancur berkali-kali;
Tempat untuk tetap mengerti ketika tak ada satupun terlihat memberi erti;
... Segala sesuatu menjadi mungkin kerna Allah lebih memahami kita melebihi diri kita

Ya Allah, peliharalah aku dengan Islam ketika aku berdiri. Peliharalah aku dengan Islam ketika aku duduk. Peliharalah aku dengan Islam ketika aku terbaring.

Wednesday, January 25, 2012

Mainstream Vocational Training in Malaysia

The Ministry of Education (MOE) was in the strategy of revamping its vocational and technical training programs. It didn't exactly say how it would be revamped???

Vocational and technical education is important because not everyone should be expected to take the path of going to a university and getting a university degree. Some people prefer to take a non-academic path because this is where their talent and interest lies. As such, having a good vocational and technical training program is important to ensure that students who are inclined towards these sectors have a respectable channel to pursue skills in this area.

Vocational education and training (VET) has a key economic function in up-skilling and integrating young people into the labour market and in providing high quality technical skills. But in recent decades, VET has been a neglected part of initial education: education policy research and reform have tended to focus primarily on school and tertiary education. Example in Germany, apprenticing with a mentor in a 'skills' industry is a perfectly respectable career choice. Vocational training is the first choice for most Europeans after taking their final school exams. According to a recent survey of 27,000 people between 15 and 24 years in all 27 EU member states, vocational training has a very good image. This is mostly due to the high quality of the training, 73 per cent rated career perspectives as good.

In Malaysia, I don't think there are such channels. Making the pursuit of these skills (being a mechanic, electrician, plumber, carpenter, etc...) more respectable is one of the ways to reduce school dropout rates and to increase the skills and earning power of those who do not lean towards the academic arena. There is a strong stigma against vocational education in Malaysia - it's often seen as the last resort for those who weren't "good enough" to go to university. As been mentioned, it's still a stigma that only school dropouts or who can't enter the academic pathway has no choice but to do vocational courses.

Malaysia in specific DSD (Department of Skills Development) has to do a lot more to bring up and mainstream of skills & vocational training. We need to explore avenues to provide more access and encourage more people to sign up to vocational and technical training programs. Instead of building more technical universities, the government should really look into open access or articulation to tertiary such higher technical schools, polytechnics and universities

Monday, January 23, 2012

M...A...A...F


Ucapan ringkas dua suku kata yang lembut bunyinya bila disebut...”MAAF”
Perkataan itu seakan ada kuasa tersendiri padanya kerana ia mampu mengubah emosi seseorang menjadi sopan, lembut, senang cakap positif walhal kita tahu bukan mudah untuk diucap.... disebabakan mempunyai sikap ego yang tinggi.

Penting ke ucapan MAAF ini? .... It is hard to say, "I'm sorry"... Saying 'I am sorry' when it is due is a very decent thing to do. Those three words can help to open doors to opportunities and they help too in opening up conversation especially amongst strangers.

Maaf, sesuatu yang sinonim sebagai manusia kerana kita semua semestinya tidak pernah lepas dari membuat kesilapan atas kelemahan pada kita sendiri. Meminta maaf adalah satu kemahiran sosial yang amat penting dalam kehidupan. Kita semua tidak dapat menggelakkan diri melakukan kesalahan samada sengaja atau sebaliknya. Ini adalah sebahagian daripada lumrah kehidupan. Tapi, kesalahan atau kesilapan kecil yang kita buat mungkin memberi impak berlanjutan kepada orang lain jika tidak disusuli dengan maaf.

Di negara-negara barat perkataan maaf/ Sorry dan terima kasih/ Thank you diajar dan dipupuk di kalangan masyarakat mereka bagi menunjukkan rasa hormat kepada kehidupan peribadi seseorang.

Dalam masyarakat kita, saya rasa kita harus memupuk amalan berkata 'Saya minta maaf' dalam dimana dan apa jua, selagi tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada pemohon itu.... Kata maaf yang disertakan dengan renungan mata menunjukkan rasa kesal si pengucap dapat diterima oleh pemaaf. Memohon maaf dapat meringan bebanan dan boleh menggurangkkan stress...

Islam menggalakkan kita meminta maaf dan pemaaf...tak rugi kalau kita mempunyai kedua-dua sikap ini. Amalkan diri sebelum keluar rumah dan sebelum tidur memaaf segala kesalahan orang terhadap kita dan mohon maaf dan keampunan kita terhadap Allah... ini memudahkan dan melapangkan perjalanan hidup sementara ini....

"Forgiveness is the sweetest revenge.........."
"Forgiveness does not change the past, but it does enlarge the future....."
"Forgiveness is a door in your heart that must be opened from the inside for happiness and peace of mind..."