12 Mei ini merupakan hari ibu.... kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut Hari Ibu kepada semua ibu. Jasa ibu dalam membesarkan anak ini sungguh tidak ternilai dengan wang ringgit.
Tanpa
 didikan ibu, anak-anak tidak akan menjadi manusia walaupun rupanya 
manusia. Kesabaran ibu mendidik anak walaupun dalam keadaan tertekan, 
berjaya juga membawa mereka ke universiti. Namun jasa ibu itu tidak 
diminta untuk dibalas oleh anak.
Maksudnya:
 “dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; 
kerana ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi 
kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh 
menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) 
bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), 
kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah 
Luqman : 14)
Allah
 ingatkan manusia kerana Allah tahu, akan ada manusia yang bersikap suka
 menengkin ibu apatah lagi sewaktu tua. Oleh sebab itu, 
buatlah yang terbaik untuk ibu. Ingatlah kalau hari ini kita derhaka 
kepada ibu, esok anak anda pula akan menjejaki sikap anda. Lalu dia juga
 akan menderhakai akan anda.
Tindakan anak yang soleh:
Di sini saya menyenaraikan tindakan wajar yang patut dilakukan oleh anak terhadap ibu mereka.
1. Mentaati perintah ibu
Sebagai anak anda wajib mentaati perintah ibu berdasarkan ayat di atas. Malah Rasulullah ada bersabda dalam hadis yang masyhor: Syurga di bawah tapak kaki ibu.
2. Berdoa untuk ibu
 Sabda Rasulullah: “Apabila mati anak Adam terputus amalannya melainkan tiga perkara; 
sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.”
3. Tidak menyakitkan hati ibu
Anak
 tidak boleh menyakitkan hati ibu walau dalam keadaan apa sekalipun. 
Ingatlah sabda Rasulullah yang antara lain bermaksud: “Keredaan
 Allah s.w.t. ada dalam keredaan ibu bapa, dan murka Allah ada dalam 
kemurkaan ibu bapa.”
4. Tidak menyusahkan ibu
Anak
 juga tidak wajar menyusahkan ibu dalam apa tindakan. Kadang-kadang anak
 tidak sedar bahawa tindakannya boleh menyebabkan ibu menjadi susah 
hati. 
Sekiranya ibu kita masih ada ambil kesempatan ini memohon ampun dan membuat kebaikan terhadapnya dan sekiranya ibu telah meninggal banyakan berdoa agar Allah meletak ibu kita dikalangan orang-orang yang dikasihiNYA. Amin

