Monday, March 11, 2013

Doa dipermudahkan urusan



Ini adalah doa untuk memudahkan urusan kita dimana jua dan dalam mana keadaan mana jua.  Doa ini telah diajar oleh ibuku sewaktu beliau hendak mengerjakan haji. Beliau diajar semasa kursus haji untuk dipermudahkan urusan haji semasa di Mekah dan Madinah. 

Aku mengamalkan doa ini, Alhamdulillah semenjak itu urusan aku menjadi mudah. Aku juga menggunakan doa ini untuk mendapat parkir ketika keadaan parkir penuh maka dipermudahkan oleh Allah sentiasa ada parkir untuk aku.Semasa aku mengerjakan umrah dan haji doa ini juga selalu dibibirku untuk pohonkan dipermudahkan. Subhanallah doa ini telah menolong permudahkan urusan tersebut.


Skrg ni  aku mengamalkan doa ini didapati yang susah akan menjadi lebih mudah. Alhamdulillah  Allah  permudahkan urusanku dengan doa  "rabbi yassir wa la tu’assir, rabbi tammim bil khayr ,aameen"  ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي