Tuesday, November 17, 2009

Service Kereta

Hari ini aku pergi service kereta di Toyota Shah Alam. Nak dapat appointment untuk service kereta sudah dua minggu,akhirnya hari ini ada sedikit ruang masa untuk pergi service. Pada masa sekarang ramai customer telah bijak memilih tempat bagi service kereta mereka iaitu di pusat service. Kalau dulu kita bawa kereta pergi ke bengkel Apek. Kadang-kadang rasa macam tak percaya betul .... harga service mahal sebab tukar itu, tukar ini.... kita pun main bayar je. Di tempat service kereta Toyota ini boleh tahan ramai pelanggannya.... Aku terpaksa mengambil masa 3 jam untuk menunggu service dilaksanakan tukar minyak pelincir, service air cond & terus cuci enjin kereta. Yang bagusnya tempat menunggu amat selesa dengan pelbagai kemudahan yang disediakan iaitu komputer, Player station, wireless, tv, minuman dan nasi lemak.

Tempat penyediaan minuman dan nasi lemak.

Sofa tempat menunggu dan TV

Kemudahan PC bersama dengan internet dan Wireless

Tempat service pandangan dari dalam tempat menunggu.

Tip bagi member yang akan balik kampung Raya Haji ini :

1)Check tayar sebelum memulakan perjalanan perhatikan tayar cukup angin.
2)Panaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan, hidupkan injin dan tunggu sehingga injin dah stabil atau normal kemudian baru jalan. Pastikan lampu "engine check" padam sebelum hidupkan injin. Bila injin dah hidup jangan terus jalan.
3)Pemerikasaan BerkalaSetiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak injin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak setiap 2 kali tukar minyak injin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak injin.
4)Kebersihan Dalam KeretaDan yang terakhirnya, setiap minggu atau 2 atau 3 minggu sekali, pergila vacum kereta kita supaya tidak berbau bagi perjalanan yang jauh.
Ada baiknya institut kemahiran juga dapat menyediakan tempat menunggu yang baik kepada ibubapa dan pelanggan dan perlu diwujudkan kategori berapa bintang...5 Stars yang terbaik.

Wednesday, November 11, 2009

Bapa Kemahiran


Pekerja mahir pada masa ini merupakan aset negara. Oleh itu penubuhan latihan kemahiran adalah bertujuan menyediakan pekerja mahir kepada industri negara. Siapakah orang yang bertanggungjawab dalam membangunkan pekerja mahir dengan pesat sehingga beliau digelar sebagai Bapa Kemahiran iaitu DATO WAN SEMAN B. WAN AHMAD. Beliau pada asal berjawatan sebagai Jurutera di JKR. Pada awal beliau dipinjam bagi melaksanakan tugas di Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) sebagai Pengarah ILP KL. Setelah beliau berada di dalam kemahiran, beliau telah banyak memberi tumpuan terhadap pembangunan kemahiran dengan pesatnya. Perlaksanan tanggungjawab beliau semasa di JTR / JTM telah wujud sebanyak 16 ILP dan 4 ADTEC. Pada tahun 2004 beliau telah ditukar ke Jabatan MLVK. Selama 6 tahun dalam MLVK pada 10.11.2009 dimana beliau telah memberi ucapan terakhir pada perhimpunan pagi warga JPK dan memesan agar ianya juga disampaikan kepada mereka yang tidak menghadirinya. Diantara ucapan/kata-kata beliau:

1. Pekerja industri telah dipersijilkan SKM seramai 1 juta setelah beliau memegang tanggungjawab di MLVK. Terdapat 2 juta lagi di dalam pasaran yang perlu dipersijilkan sebagai pekerja mahir.

2. SLDN adalah satu daripada platform yang harus diperkemaskan melalui pelbagai kaedah. Diantara nya pembangunan personel melalui program Khas SLDN telah diwujudkan diperingkat PhD., Master dan Sarjana... perlu dilihat bagi memperkukuhkan SLDN. SLDN merupakan projek kerajaan jangka masa panjang dengan membantu kerajaan mengurangkan kos perbelanjaan bagi pembangunan Institut.

3. Pengajar juga harus dipertingkat kualiti melalui kemahiran MySkill, perlu pendekatan yang lebih baik agar lebih ramai memasuki pertandingan MySkill.

4.Akta NASDA telah berjaya diadakan merupakan satu langkah peningkatan kualiti kemahiran. Perjuangan akta ni telah melebihi 25 tahun. Akhir berjaya ditubuhkan bagi pengawalan kualiti kemahiran.

5.Semua warga JPK dikehendaki bersatu dengan 1 tujuan 1 matlamat bagi mempertingkatkan latihan kemahiran. Beliau juga berharap diantara Pusat bertauliah bagi kerajaan yang melaksanakan kemahiran KBS, Penjara & MARA juga perlu diberi kerjasama. Begitu juga Pusat bertauliah swasta. PB semua adalah sama swasta dan kerajaan mempunyai matlamat melahirkan pekerja mahir negara.

Akhir sekali dalam ucapan beliau.... Beliau telah memaafkan semua kesalahan dan kesilapan terhadapnya sebelum mana-mana memohon maaf. Tapi beliau juga mengharapkan semua pihak sudi memaafkan beliau. Beliau juga berharap kemahiran akan terus maju kehadapan tanpa ada rintangan yang besar.

Semoga yang baik itu mendapat keberkatan Allah, dan tidak baik itu mendapat keampunan ALLAH.

Saturday, November 7, 2009

Motivasi Alihan Pelajar (MAP)


Pada bulan ramadan yang lepas suamiku telah mendaftar anak2ku mengikut motivasi alihan pelajar (MAP) . Pendaftaran telah dibuat pada bulan ramadan kerana ada pakej promosi iaitu daftar seorang anak dengan RM300 dan anak kedua akan mendapat separuh iaitu RM150. Oleh itu, aku mengambil kesempatan diatas promosi yang telah ditawarkan oleh MAP dan berdaftar pada tarikh 7 & 9 November 2009. Mungkin penganjur menawarkan pakej ini untuk mengambil peluang bersedekah sempurna bulan ramadan penuh keberkatan. Sebelum ini aku juga pernah memasuki anak sulong ke motivasi ini pada tahun 2005. Dimana pada masa itu anak ku berada di tahun 5 sekolah rendah. Alhamdulillah dengan pertolongan Allah melalui motivasi ini anak aku terus mendapat markah terbaik sehingga mendapat no. 1 di dalam kelasnya. Oleh demikian aku rasa ada baiknya aku juga memasuki anak kedua & ketiga ke motivasi ini. Sekurang-kurang kita berusaha yang terbaik untuk anak-anak kita. Yang paling bagusnya semalam baru balik dari motivasi....bangun pagi tanpa aku yang mengejutnya anak-anak aku sudah melaksanakan solat subuh... Ini yang paling istimewa dalam motivasi ini iaitu lebih bercorak kepada pendidikan agama dan sikap ingin berdikari dan berubah telah diterapkan. Dimana pakar motivasi ini adalah Tengku Asmadi, beliau juga telah mengeluarkan beberapa buku berkaitan dengan motivasi kepada pelajar dan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Pada akhir motivasi ibu bapa dijemput bersama di dalam motivasi... paling menarik dimana kita perlu selalu mencari kebaikan anak-anak kita bukannya keburukannya dan selalulah memuji setiap kebaikan anak-anak kita. Insyallah anank-anak kita boleh berjaya. Kepada yang berminat sila layari: http://www.motivasialihanpelajar.com/. Kita sebagai ibubapa seharusnya berdoa dan berusaha untuk memberi yang terbaik buat anak-anak kita.

Sunday, November 1, 2009

KEBERKATAN SURAH AL-IKHLAS

Ketika Memulakan Kerja:
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah:
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit:
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran:
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.